Kami di Farra Delight sentiasa inginkan yang terbaik untuk anda. Bermula dari Kek Mentega, sehinggalah ke kek-kek yang dihias cantik, kami sentiasa menyajikan resepi kek yang pasti tidak pernah anda dapat dari tempat lain... Hanya Farra Delight...
Kami bukan hanya mementingkan rupa kek yang cantik semata-mata. Tetapi kami amat mementingkan pembinaan resepi yang sempurna dan istimewa. Rasa saja "Kek Butterscotch" milik kami. Diadun dari bahan-bahan rahsia hanya untuk anda yang istimewa. Kajian demi kajian dilakukan hanya untuk mendapatkan rasa yang lain dari yang lain...
Begitu juga pilihan "Kek Coklat" kami, pastinya dibakar dari serbuk koko yang TERBAIK di pasaran. Kami tidak menggunakan serbuk koko yang termurah demi keuntungan semata-mata, tetapi yang terbaik, kerana anda adalah istimewa buat kami... Pilihlah samada "Moist Chocolate Cake", Devil's Food Cake Regular, Devil's Food Cake Premium, atau Devil's Food Chocolate Superior yang digilai ramai... Pasti buat anda tidak lena tidur...
Variasi "Kek Cawan" kami juga dibakar menggunakan resepi yang istimewa. Pilihan kek cawan kami adalah :- Moist Chocolate, Butterscotch, Strawberry dan juga Blueberry pasti membuat anda terbuai oleh keenakannya...
Harga kek-kek kami juga berpatutan - sesuai dengan bahan yang digunakan - HANYA BAHAN TERBAIK SAHAJA!!
Oleh itu, apa lagi, pastikan ianya Farra Delight... Pilihan istimewa kerana anda adalah istimewa...
No comments:
Post a Comment