...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Monday, July 25, 2011

...Harga Kek Hari Raya...

Assalamualaikum w.b.t..,

Hmm.., Ramadhan dah hampir.. Lepas sebulan berpuasa tup tup dah nak raya.. Ye tak??
So, kat sini, kami pon tak nak ketinggalan untuk mempromosikan produk kami... Sila lihat detail seperti di bawah nie ya..??

Butter Cake, Marble Cake 1Kg RM 20.00
Dengan rasa dan aroma butter mewah yang istimewa, pastinya menggiurkan tiap peminat setia kek.. Ditambah dengan kelembutan dan kegebuan kek ini sebagai bonus bagi anda yang alah membeli, menang memakai...

Butterscotch Cake 1Kg RM 20.00

Moist Devil's Food Cake Regular 1Kg RM 40.00
Rasa coklat yang kaya dan gebu.. Melt in your mouth!~ Pasti memukau tiap penggemar coklat.. Apa lagi bila melihat lelehan coklat cair yang memukau.. Kami hanya menggunakan bahan yang terbaik untuk hasil yang terbaik buat semua pengguna produk kami...

Vanilla Custard Cream Cake 1kg RM 42.00
Kek Vanilla yang lembab, harum beraroma berkualiti tinggi digabung dengan krim kastad yang segar.. Kek tiga lapis ini antara produk sukaramai yang pastinya memikat hati sesiapa yang memandang.. Hidang saja di meja anda.. Kuning yang menyerlah menyeri ruang di samping kudapan yang enak... Pastikan terhidang di meja anda...

Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior
RM 55.00
Memukau pandangan tiap yang memandang!!~ Sekali hadap saja untuk jemputan 10 orang bagi 2 kilo beberapa hari yang lalu! Most favourite! Dengan Chocolate Mousse dari krim segar berlabel emas.., lelehan coklat yang bersinar menawan kalbu penggemar coklat... Apa tunggu lagi??

Tiramisu
RM 52.00
Kami hanya menggunakan krim keju yang diiktiraf dari rasanya serta krim segar yang berlabel emas saja.. Hanya bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang berkualiti tinggi... Pastikan apa yang di meja anda bernilai tinggi juga... Sebagai penghargaan untuk sanak saudara yang bertandang ke rumah...

* Tempahan untuk kek adalah terhad kerana saya hanya membuat kek apabila hampir dengan waktu delivery. 100% buatan tangan saya sendiri.. Tanpa pembantu dari mak, ayah, cik abe, adik ataupun bibik..
Apa yang pasti, saya amat menjaga keistimewaan produk keluaran saya walaupun Butter Cake.. For sure amat berlainan dari segi rasa dan kelembapan.. InsyaAllah..
So, apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang sebelum senarai penuh...!!!~~!~
Sekian, terima kasih...

Saturday, September 19, 2009

...Hari Raya yang Menjelang Tiba...

Hmmm... Menjelang awal Ramadhan, bermula rutin hidupku yang agak hectic. Cukup sibuk dengan promosi-promosi demi memperkenalkan jenamaku yang baru "Farra Delight" setelah berkira-berkira - HomePicks akan didaftarkan sebagai syarikat Enterprise yang baru.

Aku mula membuat biskut - Almond London hanya setelah dua minggu berpuasa. Agak lewat, tapi aku tak kisah.. Ramadhan kali nie aku lebih menekankan kepada produk kek.. Tempahan-tempahan kek mula diterima. Tempahan melalui online tidak dapat aku terima kerana tempahan dari luar yang kuterima amat-amat memberangsangkan. Lebih dari target. Alhamdulillah... Sesungguhnya segala rezeki itu datangnya dari Allah jua.. Aku pasti, kebanyakan rakan seperjuanganku, bakers yang lain juga mendapat tempahan yang cukup banyak!~

Seminggu sebelum hari raya, terima undangan dari FAMA untuk menyertai pameran produk Industri Asas Tani @ IKS berhampiran Bazaar Ramadhan. Bermula 10hb hingga 19hb. Namun, gerai kami hanya dibuka sehingga 13hb berikutan menerima tempahan yang inginkan produknya secara segera dalam bilangan yang banyak.

Kesemua kek-kek dan biskutku adalah 100% dari air tanganku. Tiada sedikit pun sentuhan dari orang lain.

Dua hari sebelum hari raya, aku harus menyiapkan lebih 50 biji kek dan membuat delivery kepada customer. Dari bab membeli barang, menimbang, membancuh, membakar, membungkus hinggalah ke delivery 100% aku yang buat... Allah saja yang tahu, betapa pergelangan kaki ini rasa bagai nak tercabut, lutut bagai nak terpenggal... Namun aku gembira, apabila dapat memuaskan hari pelangganku yang mengharapkan hasil yang terbaik dariku... Amat-amat berterima kasih pada anda yang menyokongku.. Allah saja yang mampu membalas..

Sekarang, aku juga rindu pada blogku yang dah lama tak terupdate. Namun begitu, masih ada 2 biji kek kahwin, 3 biji kek Moist Devil's Food Cake yang harus disiapkan menjelang malam.. Ini tempahan dari jiranku, jadi aku tiada masalah dengan delivery. Pagi esok pon masih sempat agaknya... Cuma kek tunang, akan diambil pada petang esok dari pelanggan sendiri. Last sekali, kek kahwin pada hari raya ke-3, sempatlah rehat sikit... Untuk rumah aku pulak?? Entah, butter kek aje kot... huhuhue!~ InsyaAllah, akan ada juga dariku untuk keluarga...

Tuesday, August 11, 2009

..::Hari Raya Cakes, Anyone..??::..

Assalamualaikum w.b.t..,

Hmm.., Ramadhan dah hampir.. Lepas sebulan berpuasa tup tup dah nak raya.. Ye tak??
So, kat sini, kami pon tak nak ketinggalan untuk mempromosikan produk kami... Sila lihat detail seperti di bawah nie ya..??

Butter Cake, Marble Cake 1Kg RM 15.00
Dengan rasa dan aroma butter mewah yang istimewa, pastinya menggiurkan tiap peminat setia kek.. Ditambah dengan kelembutan dan kegebuan kek ini sebagai bonus bagi anda yang alah membeli, menang memakai...
Moist Devil's Food Cake Regular 1Kg RM 38.00
Rasa coklat yang kaya dan gebu.. Melt in your mouth!~ Pasti memukau tiap penggemar coklat.. Apa lagi bila melihat lelehan coklat cair yang memukau.. Kami hanya menggunakan bahan yang terbaik untuk hasil yang terbaik buat semua pengguna produk kami...
Vanilla Custard Cream Cake 1kg RM 30.00
Kek Vanilla yang lembab, harum beraroma berkualiti tinggi digabung dengan krim kastad yang segar.. Kek tiga lapis ini antara produk sukaramai yang pastinya memikat hati sesiapa yang memandang.. Hidang saja di meja anda.. Kuning yang menyerlah menyeri ruang di samping kudapan yang enak... Pastikan terhidang di meja anda...
Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior
RM 45.00 JIMAT RM 10.00 (Diskaun 22%)