...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Thursday, July 30, 2009

..::Gambar Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan last days!~::..

Assalamualaikum wbt..,

Kat sini a few pictures karnival yang berlangsung selama 7 hari 7 malam bermula dari 23-29 Julai itu hari... Actually, karnival ini adalah salah satu event yang besar, menggunakan semua kawasan perkarangan stadium tanpa membazir sedikit pun.

Kawasan yang behadapan dengan Hospital Pakar Perdana adalah berkaitan dengan hal-hal pertanian dan perladangan, agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, Peladang, KESEDAR dan banyak lagi, agensi-agensi kewangan seperti Agro Bank, CIMB dan lain-lain.

Kawasan yang berhadapan dengan padang hoki, berdekatan dengan kolej kejururawatan pula berkaitan dengan keusahawanan dan production. Developer jugak banyak yang membuat pameran mereka sepanjang program itu di khemah yang berasingan di kawasan ini. Di bahagian ini terdapat 2 khemah beraircond, dan satu khemah berkipas. 1 khemah beraircond dan berkipas bagi usahawan-usahawan makanan yang mempamer dan memasarkan produk mereka, manakala satu lagi khemah beraircond bagi mereka yang terlibat dengan development, serta produk kraftangan...

Manakala satu lagi padang (Padang Jubli Perak) adalah pameran haiwan dari mereka yang terlibat dengan penternakan dan nelayan... Kat sini, dikatakan terdapat seekor lembu seberat 1 tan turut dibawa kepada umum. My hubby dan kakak cakap, saiz lembu tu adalah sebesar seekor gajah. I tak sempat tengok semua pameran tu... Semasa pameran tu jugak, terdapat kuda ponny (kuda miniature) yang sebesar kambing yang cute-mute tu.. Eeii, geram betul. Sorang budak yang jaga booth tu cakap, kuda tu boleh ditunggang oleh kanak-kanak berumur antara 3-5 tahun. Dah laa comel, siap berjambul.. Siapa yang tak gerammm...!~

Kat bawah adalah gambar yang diambil pada hari terakhir karnival. Kongsi sama-sama ya..?? Check it out!~


Gambar-gambar produk yang dijual sepanjang karnival... Segelintir saja ya!~ Ada yang tak dipotret...




Adik saya (Siti) sedang melayan customer...
Booth kami menerima antara 500-2,000 pengunjung sehari.
See the aircond kat atas tu kan... Sejukkkk gilerrr... Lagi2 time hujan dan di malam hari...




Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang menggoda tiap pengunjung karnival...
Booth kami kat dalam khemah beraircond... Cheewahh., macam VIP plak!~ Kek nie cair di kawasan yang panas... Tapi dalam aircond gini, maintain menggoda tiap mata memandang!~
Cepat benar sold out!~

The Cupcake's Tier...Kek Cawan yang terkenal dengan kecomelannya ini memang menarik perhatian.. Tambahan pengunjung yang juga baru menceburi bidang bakeri dan juga baru membuka bakeri... Datang ke sini untuk menambah ilmu tentang pemasaran dan juga mencari idea-idea baru serta jaringan bisnes... Pameran juga adalah satu cabang untuk mencari rakan bisnes yang baru, okie?!~



Antara cupcakes yang dijual...






Vanilla Custard Cream Cake yang dijual sepanjang hari karnival berlangsung.. Amat mendapat sambutan!~!~ Thanks semua customers kay..?? Pada mereka yang sentiasa menyokong saya tanpa putus-putus, sangat-sangat saya hargai... Buat semua customer yang menyukai produk saya, hingga sanggup datang kembali untuk menikmati kek keluaran syarikat saya, jutaan terima kasih saya ucapkan.. Juga kepada customer yang menelefon untuk menempah... Support dari kalian amat saya perlukan dan hargai!~!!~ Terima kasih...

Kepada yang menjayakan promosi Cake Tour ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Begitu juga kepada pihak penganjur yang memberikan ruang kepada kami untuk mengembangkan perniagaan kami yang baru nak merangkak ini...

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat...

No comments:

Post a Comment