I got an order of a birthday cake last week. Majlis pada hari Sabtu, 28 Mac 2009. Birthday girlnya berumur 14thn.. Dah lama sangat tak mendeko 1 whole cake. Last time saya deco cake adalah sebijik kek kahwin, last 2 years... Hmmm... Lama sangat dah.. Bab mendeko kek, memang tak pernah ikut mana-mana kursus.. Satu-satunya guru adalah pengalaman dan pemerhatian pada masa tu. Alhamdulillah...
Last week, bonda birthday girl tersebut datang kepada saya.. Minta buatkan satu kek birthday untuk anak gadis bongsunya..
Pound cake berbentuk bulat, bersaiz 9'. Dia tak mahu sponge cake, tidak sesuai dengan tekaknya, katanya..
Kuhiaskan latarnya dengan buttercream warna putih. Syukur, oleh kerana pelanggan hanya mahukan hiasan yang simple membuatkan aku tidak tertekan membuatnya.
Batang ros tersebut aku hanya gunakan warna putih yang sama... Tambah senang, aku hanya gunakan bunga kelepek untuk bunganya.. 3 kuntum.. 1 kuning, 1 merah, 1 pink. Lalu ku paipkan saja dedaun pada bunganya..
Tepi kek dirasakan terlalu kosong tanpa hiasan.. Kubuatkan batang ros yang menjalar bersama dedaun menghijau... Meriah sedikit rasanya..
Lalu kutitipkan di atas kek kata-kata "Happy 14th B'day, Nik Z" sempena nama "Nik Zahirah". Dengan tulisan biru muda. Bondanya hanya minta kutulis Nik Z saja..
Harapan agar semua suka dengan karyaku... Terima kasih...
p/s : Sorry, gambar belum upload. My digicam rosak, so I pinjam camera phone saudaraku. Terlupa pulak nak bluetooth dgn hp my husband.. So, nanti I upload kemudian, okie??
No comments:
Post a Comment