...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Tuesday, August 9, 2011

...Wanita yang I Kagumi...

...Cupcakes order by miss I lupa nama
sempena sekembalinya encik boyfriend dari AS...
Thanks dear... :) :) :)

Assalamualaikum wbt...

Ermm.., entah kenapa ya, lately rasa malas melampau-lampau nak update blog. Sampai bersawang-sawang jadinya... And seperti biasa, dah kene leter dengan Mr. Sayang baru laaaa terhegeh-hegeh nak update... Ngeeeeee... Hik hik hik... Sorryyyyy... :) :) :)

Sebenarnya I nie suka jugak mengarang... Tapi sampai satu peringkat I tatau nak cerita pasal apa... Kalo just nak update bubuh gambar kek aje, rasanya cam membosankan takde apa nak tulis. Kan kan kan..? Setakat bubuh gambar then say "thanks", eh eh, rasa cam something wrong je... Tak lengkap tanpa merapu-rapu untuk u all baca... Hahaha... Ye lah, kalo dapat baca apa-apa boleh jugak korang release tension kan?? Jangan bertambah-tambah tension sudah... Ahakkss!!

Guys, I sebenarnya suka sangat nak kongsi tentang sesuatu yang bersifat "kewanitaan". Almaklum sajalah kan, I nie kan WANITA... Tulen lagi... So, suka sangat nak share cerita-ceriti sebegini. Lagi-lagi cerita-cerita tentang wanita-wanita hebat, naik semangat je rasa nak jadi "wanita hebat" jugak... Oitt.., dream is not just a dream... Untuk mencapai sesuatu mimpi, kita kenalah berusaha... Bukan main petik hujung jari aje, dik oiii... Kejayaan tak datang bergolek, ye tak..?

Bagi I, tokoh wanita yang sangat-sangat I kagumi adalah Saidatina Siti Khadijah r.a... Sape tak tau kan, isteri Rasulullah yang pertama. Yeaps, I sangat adore this person. Kadang2, kalo teringat kehebatan wanita ini, I boleh sampai menitis air mata... Betapa indahnya jika dapat jadi seperti dirinya. Yeaps, wanita yang CANTIK, KAYA, CERGAS, CERDAS, DERMAWAN dan BERKETURUNAN MULIA. Segalanya cukup...

Antara kehebatan Siti Khadijah sebagai isteri Rasulullah ::-

- Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Pada saat Nabi ketakutan menerima wahyu pertama di Gua Hira', Siti Khadijahlah yang menenangkan dan mententeramkan Nabi dengan suaranya yang lembut... Dan akhirnya, dia menjadi wanita pertama yang memeluk Islam... :) :) :)

- Saidatina Siti Khadijah sentiasa mendokong tiap satu perjuangan suaminya
dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman.

-
Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan dan memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.

-
Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

----------------------

Guys, jika kita perhatikan, di mana laa kita nak cari wanita yang sehebat ini... Yang biasa kita jumpa, para wanita hari ini sentiasa mementingkan kerjaya dari suami. Apa taknya, nak dapat diploma, degree dulu makan puluh ribu, ye tak..? Nak dapat suami, mana pakai duit... Laki je yang bagi hantaran. Isk, wahai wanita yang kusayangi, hargailah suamimu... Bagi I, setiap wanita yang mempunyai suami adalah wanita yang sangat bertuah. Di tapak kakinyalah dapat anda cium bau syurga... Dan jika anda mati dalam redha suami, maka syurgalah tempatmu... Bahagia, kan..? Untuk menghormati lelaki yang kita cintai bukanlah perkara yang susah... Cuma harus ingat, tiap cinta itu memerlukan PENGORBANAN YANG CUKUP BESAR... Dan berkorbanlah selagi ianya relevan...

I benar-benar adore wanita hebat ini... Andai kudapat jadi sepertinya, maka I adalah wanita yang cukup bahagia...

No comments:

Post a Comment