...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com
Showing posts with label Tiramisu. Show all posts
Showing posts with label Tiramisu. Show all posts

Friday, August 12, 2011

...Pembongkaran Rahsia Pernafasan...


...Tiramisu...
Contact me to order :: 013-9564578


Assalamualaikum wbt guys... :) :) :)

Apa khabar anda pagi ini... Wah, sesuatu yang menakjubkan, dalam 3 jam, I tulis 2 entri... Hahaha... Semua nie gara-gara duk belek-belek website (bukan blog-walking, okehhh..??) then terjumpa itu dan ini yang berkenan di hati...

Dalam duk belek-belek website tadi, I terjumpa satu artikel yang agak menarik - Rahsia Pernafasan. Dalam website tu mengatakan pernafasan yang betul akan mempengaruhi sistem tubuh, kesihatan dan lain-lain tentang tubuh kita... Betul, I sangat-sangat bersetuju. Pernafasan yang betul juga mempengaruhi minda, mood dan emosi kita... Dan pernafasan juga sangat berkait rapat antara roh dan jasad manusia...




Keratan akhbar membincangkan topik Pernafasan.

I ingat nak copy paste je kat sini, tapi malangnya artikel tersebut takleh nak copy n paste cam tu aje... So, untuk mengetahui tentang isu ini secara lebih lanjut, sila ke sini...

Nak taip satu-satu I tak larat... hehe... :) :) :)

Wednesday, August 10, 2011

...Ceritera Tiramisu dan Mercun di bulan Puasa...


Tiramisu...
Could be for snack or dessert after meal... :) :)
Or for birthday celebration...
To order, contact :: 013-9564578

Assalamualaikum wbt...

Hi everyone... Petang2 gini, agak-agak semua dah prepare ke makanan untuk berbuka..?? Apa ya pilihan u all, guys?? Samada masak sendiri atau beli... Bagi I, walaupun hanya telur goreng mata kerbau dengan kicap, itu sudah cukup memadai, sebab I suka makanan yang dimasak kat rumah dari beli. Kadang-kadang beli nie, nampak aje cam sedap... Tapi bila makan, mati selera... Lagi-lagi bulan puasa nie... Ye tak..?

Okies, berbalik kepada point asal, I nak kongsi cerita tentang "mercun di bulan puasa" yang memang tak boleh dipisahkan... Bagai "irama dan lagu" pulak sekali fikir... Asal nak raya aje, ade laaa mercun nie. Ye tak, guys?? Walaupun sudah diharamkan oleh kerajaan, tapi para peniaga mercun nie tetap jugak menjual mercun secara terbuka dengan beraninya... I pon heran, mana laa dia dapat keberanian menjual barang salah secara terbuka dengan sebegitu sekali..?? Kene belajar ilmu kebal kot... :)

Tadi, masa I duk baca satu news portal kegemaran I, terbeleklah I pada satu berita bertajuk "Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Jari Hantu Akibat Mercun". Errmm..., terus saja mata nie terpandang kat Farihin, my 5 years old boy... Baru masuk birthday ke-5 pada 7 Ogos baru-baru nie... Risau, takut dia duk main bende tu dengan kawan-kawan dia yang lebih tua. Ya lah, bukannya kita nie sempat nak pantau diorang 24jam... Especially bila diorang dah turun bermain, bukannya kita mampu nak duk tunggu aje diorang bermain... Kita pun ada tugas yang tersendiri untuk diselesaikan... Ye tak..??

Kesnya berlaku di Rantau Panjang, beberapa kilometer dari my house. Takde laa jauh sangat... Dalam 45 minit by car...

Isk, kesian kan..? Kes-kes sebegini dah jadi macam satu lumrah, bila tiba raya je, ade laa yang putus jari... Kecacatan kekal sampai ke tua laaaa jadinya. Kalau nak disalahkan mak bapak 100% pon tak boleh jugak.., sebab bukannya mata nie duk perhati aje kat anak tu 24 jam.., macam I cakap tadi... :) Nak salahkan government saja pon tak boleh... Dah berpuluh, beratus penjual mercun ditangkap, dihukum, tapi kes tetap jadi jugak... Nak salahkan budak langsung tak boleh, sebab diorang tak tahu apa-apa... Semuanya atas mindset sekitar, especially peniaga itu sendiri. Dah tahu bende tu boleh membawa kemudaratan, janganlah dijual... Kesian kat anak bangsa kita nie... Anda pulak yang jadi penyumbang kepada kes-kes putus jari macam nie... Tak rasa bersalah ke..? Pengilang mercun pastinya akan tetap membuat mercun, sebab permintaan benda-benda nie agak tinggi... Perniagaan pulak, worldwide... Untuk tujuan eksport... Kelasssss gitu!!~!~ :) :) :)

Entahlah, latest news, kes ini adalah yang keenam setakat ini di negeri KELANTAN... Harap-harap ini kes yang terakhir bagi tahun ini berkaitan putus jari akibat mercun...

Berita penuh "Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Jari Hantu Akibat Mercun"

Thursday, June 23, 2011

...Tiramisu...


...Tiramisu @ Farra Delight...!!~!~ :) :) :)

To order, please direct to me ::- 013-9564578

Tuesday, February 8, 2011

...Tiramisu...



Na's order... Thank you very much... :)

Pick me up!~ This is what Tiramisu means in Rome. :)
Made from cream cheese, with coffee taste for Original Tiramisu...
Got two choices for you to taste...
Original Tiramisu or Chocolate Tiramisu.

Call me :: 013-9564578

Wednesday, January 26, 2011

...Tiramisu...



...Tiramisu...

Adding all cheers in your day... :)

Thanks yanie for the order...

Sunday, October 3, 2010

...Bulk order dari Shella... :) (Entry tertunggak more than a month!!~)...




6 biji Blackcurrant Creamy Triffle;
300 pcs doorgift muffins;
1 bijik Oroginal Tiramisu...

TQVM Shella for supporting me... :)

Sunday, August 8, 2010

...Original Tiramisu - Lienasari...


Original Tiramisu - order dari Lienasari...
Hmm... Problem sikit masa nak hantar kek nie... Tahap beku kek tidak konsisten menyebabkan masalah masa nak keluarkan dari bekas.. Tatau apa sebabnya... So, I bagi dengan tapak springform tu sekali kat Liena. Belum sempat lagik nak gi ambik dari Liena tapak tu...

Thank you, Liena...

Tuesday, June 15, 2010

...Kerja Nikah Kawen antara 29 May - 14 June 2010...

Fondant cupcake : Aida.



Brownies dgn bunga : Fadhillah.. Tq so much!!~


Original Tiramisu : Syermin.. Turut order : wedding cake 1.5kg n triffle meja pengantin.. :)

Wednesday, March 31, 2010

...Tiramisu untuk Mama...


Chocolate Tiramisu @ Farawan
Ordered by Shella (Melbourne) for beloved mama on her birthday... Look at that chocolates flakes.. I made them by my own...
Thank you Shella for being very easy to deal with...

Tuesday, March 16, 2010

...Order dari Shella di Kejauhan...


Chocolate Tiramisu - tulisan agak comot.. It's not easy to write on cocoa powder!!~



Fondant Cupcakes (16 pcs)
Semua tu order dari Shella yang berada kat Melbourne..
Thank you Shella...
Senang deal dengan Shella...

Friday, September 25, 2009

...Task on Hari Raya Keempat...




Tiramisu @ Farra Delight
900g @ RM 40.00
Tiramisu - Untuk pencuci mulut di meja pengantin. Sempena perkahwinan sepupu saya - Wan Djunaidi dan isteri (Izura); Wan Nur Azliza dan suami (Wan Azhar).. Semoga bahagia ke anak cucu cicit.. Alhamdulillah, feedback yang menarik banyak diterima dari saudara-mara yang mencuba.
Pada hari yang sama, saya juga menyiapkan 2 biji Vanilla Custard Cream Cake. Kebetulan waktu customer datang ke rumah nak ambil kek, saya berada di rumah bapa saudara saya for the wedding... Kek pulak belum dihias.. So, that nite, saya terpaksa laa gi hantar ke rumah customer tu kat Ketereh accompanied by my mum... Thanks mum. Siap support fuel lagi!~ Hehehe :D.

Monday, May 4, 2009

..::Tiramisu...::..

Salam w.b.t. buat semua teman-teman dan pengunjung setia blog ini.. Saya tahu, sekian lama saya tidak menulis di ruangan ini, pastinya ada yang tertunggu-tunggu apa yang hendak diupdatekan oleh saya.., kan?? Namun, setelah seminggu, masih takde jugak berita baru.. Mana menghilangnya tuan blog nie, kan?? Yang pastinya, teman-teman, aku juga amat rindu untuk update berita-berita tentang eksperimen, tempahan, serta berita tentang diri ini...


Okie, kite mulakan dengan berita tempahan Ahad lepas, 26 April 2009... Tiramisu...





Tiramisu... Atau maksudnya dalam Bahasa Inggeris adalah "Pick Me Up!~"... Well., ada history disebalik Tiramisu ini... Korang wiki-wiki laa sendiri yek..?? Huhue!~

Tiramisu nie diorder oleh Kak CT jugak.. She's one of my regular customer... Kenal pon melalui blog nie jugak...

Well, actually pasal tiramisu yang nie, sebenarnya saya tak puas hati membuatnya... Kenapa??? Sebabnya, kat Kelate nie, nak dapatkan Savoiardi memang payah!~ Tak ade!~ Isk isk isk... So, disebabkan boleh tukar dengan sponge cake yang dipotong jadi jejari, I pon tukau ler.. But one more problem encountered when saya potong jejari tu agak tebal... Hmm, setelah diperhatikan, sepatutnya ia dipotong nipis sedikit... Disebabkan ketebalan sponge finger tu, keadaan cream cheese menjadi tidak rapat... Bagi saya, sepatutnya tidak mendapat bintang langsung...

Well, masa tengah buat tu, kite tak tahu cream tu rapat atau tak as we can't see inner bekas tu, kan... Pagi esok tu, masa nak deliver tu baru perasan lepas bukak dari spring form tu... Hmm.., Akak CT, Farrah tau mungkin akak ct jugak tak puas hati about the Tiramisu last days.., but akak dun worry k.., I'll make it better next time... I am so so sorry...

..::Testimonial::..
kek tu sedap, dia jadi ala2 oreo cheese cake secret recipe. next time kct nak tempah tiramisu perisa nesafe plak yea...

Thanks Akak ct...