...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Wednesday, August 10, 2011

...Ceritera Tiramisu dan Mercun di bulan Puasa...


Tiramisu...
Could be for snack or dessert after meal... :) :)
Or for birthday celebration...
To order, contact :: 013-9564578

Assalamualaikum wbt...

Hi everyone... Petang2 gini, agak-agak semua dah prepare ke makanan untuk berbuka..?? Apa ya pilihan u all, guys?? Samada masak sendiri atau beli... Bagi I, walaupun hanya telur goreng mata kerbau dengan kicap, itu sudah cukup memadai, sebab I suka makanan yang dimasak kat rumah dari beli. Kadang-kadang beli nie, nampak aje cam sedap... Tapi bila makan, mati selera... Lagi-lagi bulan puasa nie... Ye tak..?

Okies, berbalik kepada point asal, I nak kongsi cerita tentang "mercun di bulan puasa" yang memang tak boleh dipisahkan... Bagai "irama dan lagu" pulak sekali fikir... Asal nak raya aje, ade laaa mercun nie. Ye tak, guys?? Walaupun sudah diharamkan oleh kerajaan, tapi para peniaga mercun nie tetap jugak menjual mercun secara terbuka dengan beraninya... I pon heran, mana laa dia dapat keberanian menjual barang salah secara terbuka dengan sebegitu sekali..?? Kene belajar ilmu kebal kot... :)

Tadi, masa I duk baca satu news portal kegemaran I, terbeleklah I pada satu berita bertajuk "Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Jari Hantu Akibat Mercun". Errmm..., terus saja mata nie terpandang kat Farihin, my 5 years old boy... Baru masuk birthday ke-5 pada 7 Ogos baru-baru nie... Risau, takut dia duk main bende tu dengan kawan-kawan dia yang lebih tua. Ya lah, bukannya kita nie sempat nak pantau diorang 24jam... Especially bila diorang dah turun bermain, bukannya kita mampu nak duk tunggu aje diorang bermain... Kita pun ada tugas yang tersendiri untuk diselesaikan... Ye tak..??

Kesnya berlaku di Rantau Panjang, beberapa kilometer dari my house. Takde laa jauh sangat... Dalam 45 minit by car...

Isk, kesian kan..? Kes-kes sebegini dah jadi macam satu lumrah, bila tiba raya je, ade laa yang putus jari... Kecacatan kekal sampai ke tua laaaa jadinya. Kalau nak disalahkan mak bapak 100% pon tak boleh jugak.., sebab bukannya mata nie duk perhati aje kat anak tu 24 jam.., macam I cakap tadi... :) Nak salahkan government saja pon tak boleh... Dah berpuluh, beratus penjual mercun ditangkap, dihukum, tapi kes tetap jadi jugak... Nak salahkan budak langsung tak boleh, sebab diorang tak tahu apa-apa... Semuanya atas mindset sekitar, especially peniaga itu sendiri. Dah tahu bende tu boleh membawa kemudaratan, janganlah dijual... Kesian kat anak bangsa kita nie... Anda pulak yang jadi penyumbang kepada kes-kes putus jari macam nie... Tak rasa bersalah ke..? Pengilang mercun pastinya akan tetap membuat mercun, sebab permintaan benda-benda nie agak tinggi... Perniagaan pulak, worldwide... Untuk tujuan eksport... Kelasssss gitu!!~!~ :) :) :)

Entahlah, latest news, kes ini adalah yang keenam setakat ini di negeri KELANTAN... Harap-harap ini kes yang terakhir bagi tahun ini berkaitan putus jari akibat mercun...

Berita penuh "Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Jari Hantu Akibat Mercun"

3 comments:

  1. akak pun jangan main mercun yeee=)
    sayangilah diri anda..pewit!!

    ReplyDelete
  2. Hahahaa..... :) :) :) Tak sempat nak bermercun dear... Hahaha... oven duk menunggu... kuikuikui...

    ReplyDelete