...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com
Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

...Jom kongsi resipi sketttt..!! Puding Permata...


Nie ler rupe Puding Permata @ Farra Delight...
Kaler coklat tu patutnye lagi terang sket... Kesan kamera murah ler tu kot... hehe

Puding Permata

Bahan-bahan

A. Bahagian coklat ::

1/2 paket agar-agar strip (1 paket bahagi 2).
4 gelas air.
175g gula.
1/2 tin susu cair.
3 sudu besar susu pekat.
3 sudu kecil serbuk koko.

- Masakkan air dengan agar-agar hingga hancur.
- Setelah agar-agar betul-betul hancur, masukkan gula.
- Setelah gula hancur masukkan susu cair dan susu pekat.
- Masukkan serbuk koko.

Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais...
Setelah beku (dalam tempoh sejam), potong dadu...

B. Bahagian putih...

1/2 paket agar-agar strip.
4 cawan air.
175g gula.
1/2 tin susu cair.
3 sudu besar susu pekat.

Cara masak, sama seperti bahagian coklat di atas...
- Masukkan ke dalam acuan, dan taburkan puding coklat yang telah didadu tadi...
- Sejukkan sebelum disimpan dalam peti sejuk...
- Setelah lebih kurang 6 jam, sedia untuk dihidangkan...

:) :) :) I love this pudding really!!~!~ Ada coklat, ada susu... NyumMMmm...
Memang sesuai sangat kalau nak buat untuk anak-anak... :) :) :) Selamat mencuba..!!~!~

Sunday, November 22, 2009

...Updating the unupdated...

Tempahan dari bebudak SL Work Force Sdn. Bhd. untuk contoh hantaran..
Simple saja, with love shape and flowers..

Ke Hospimart Shoppe Kota Bharu (Pengedar kami).

Ini juga ke Hospimart Shoppe Kota Bharu.

Ini juga ke Hospimart Shoppe KB.
Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya secara terus di talian 013-9564578. Thanks!~

Creamy Fruity Triffle Pudding RM 25.00
Tempahan dari mereka-mereka di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu sempena majlis Hari Raya. Thank you very much! Turut ditempah, butter cake 1kg. Diberi percuma sebagai bonus : Vanilla Custard Cream Cake 1kg.

Tuesday, July 21, 2009

..::Creamy Strawberry Trifle::..

Creamy Strawberry Trifle
Picture from akak Nani...
Assalamualaikum wbt..,
Saya buat Creamy Strawberry Trifle masa hari lahir my hubby.. My hubby sorang nie memang suka sangat bab puding-puding nie. Kalo nak dibandingkan antara kek dengan puding, pudinglah yang akan jadi pilihan... For your info, puding nie memang marvellous.. Hari Raya nanti, pastikan anda menyajikan puding nie kat atas meja.. Tak rugi membeli, menang memakai!~ Anggaplah itu sebagai pelaburan yang menguntungkan untuk menggembirakan kaum keluarga serta sahabat handai yang berkunjung...
Dilapisi dengan kek vanilla buatan sendiri pada dasarnya yang diglis dengan inti strawberi yang istimewa... Pastinya memukau rasa tiap penggemar strawberi... Ditambah dengan kemewahan krim segar serta krim kastad yang menggiurkan... Wah.. Mengecurkan liur!~
Pada yang ingin menempah.. silakan saja. Harganya memang berpatutan!~ Sila lihat detail, ya...!~
Strawberry Creamy Trifle
Harga : RM 25.00/biji
Minima order : 1 biji

Thursday, December 25, 2008

Puding Biskut Merry



Bahan-bahan :


2.5 liter air.
1 paket serbuk agar-agar (tanpa perisa).
Gula secukup rasa (lbh kurang 1 1/2 cwn).
1 tin susu cair.
1 paket biskut merry (I pakai brand Munchy's).

Cara-caranya :

Air dan agar-agar dimasak hingga agar-agar sebati.
Masukkan gula. Masak hingga gula cair.
Masukkan susu cair, kacau hingga menggelegak.

Aturkan biskut mengikut corak yang anda gemari.

Masukkan puding ke dalam loyang yang disusun biskut tadi. Hati-hati agar susunan biskut kekal.
Biarkan keras dan sejukkan.

Wednesday, December 24, 2008

Fruit Cocktail Pudding


Bahan-bahan :

1 tin Fruit Cocktail (Dibahagi airnya kepada 2 bhg, toskan buahnya.).

For the pudding :

1 bhg air fruit cocktail tadi.
1 gelas tepung kastad.
6 gelas air.
8 sudu besar gula.
8 sudu besar susu pekat.

Cara-cara :

Campurkan semua bahan di atas. Kacau sebati.
Letakkan di atas dapur dan masakkan dengan api sederhana sehingga pekat.
*Adunan akan jadi pekat dan berkilat apabila masak.
Masukkan ke dalam bekas mould (apa-apa bentuk, loyang pun takpe).
Sejukkan dalam peti ais.

Untuk bahan kuah :

1 bahagian air fruit cocktail tadi.
1 tin susu cair.
1/2 gelas gula.
buah fruit cocktail yang telah ditoskan.

Cara-caranya :

Campurkan semua bahan kecuali buah. Masakkan sehingga gula cair (guna api sederhana).
Tutup api dan masukkan buah. Sejukkan.

*Hidangkan sejuk sebagai pemanis atau pencuci mulut.