...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Saturday, September 19, 2009

...Hari Raya yang Menjelang Tiba...

Hmmm... Menjelang awal Ramadhan, bermula rutin hidupku yang agak hectic. Cukup sibuk dengan promosi-promosi demi memperkenalkan jenamaku yang baru "Farra Delight" setelah berkira-berkira - HomePicks akan didaftarkan sebagai syarikat Enterprise yang baru.

Aku mula membuat biskut - Almond London hanya setelah dua minggu berpuasa. Agak lewat, tapi aku tak kisah.. Ramadhan kali nie aku lebih menekankan kepada produk kek.. Tempahan-tempahan kek mula diterima. Tempahan melalui online tidak dapat aku terima kerana tempahan dari luar yang kuterima amat-amat memberangsangkan. Lebih dari target. Alhamdulillah... Sesungguhnya segala rezeki itu datangnya dari Allah jua.. Aku pasti, kebanyakan rakan seperjuanganku, bakers yang lain juga mendapat tempahan yang cukup banyak!~

Seminggu sebelum hari raya, terima undangan dari FAMA untuk menyertai pameran produk Industri Asas Tani @ IKS berhampiran Bazaar Ramadhan. Bermula 10hb hingga 19hb. Namun, gerai kami hanya dibuka sehingga 13hb berikutan menerima tempahan yang inginkan produknya secara segera dalam bilangan yang banyak.

Kesemua kek-kek dan biskutku adalah 100% dari air tanganku. Tiada sedikit pun sentuhan dari orang lain.

Dua hari sebelum hari raya, aku harus menyiapkan lebih 50 biji kek dan membuat delivery kepada customer. Dari bab membeli barang, menimbang, membancuh, membakar, membungkus hinggalah ke delivery 100% aku yang buat... Allah saja yang tahu, betapa pergelangan kaki ini rasa bagai nak tercabut, lutut bagai nak terpenggal... Namun aku gembira, apabila dapat memuaskan hari pelangganku yang mengharapkan hasil yang terbaik dariku... Amat-amat berterima kasih pada anda yang menyokongku.. Allah saja yang mampu membalas..

Sekarang, aku juga rindu pada blogku yang dah lama tak terupdate. Namun begitu, masih ada 2 biji kek kahwin, 3 biji kek Moist Devil's Food Cake yang harus disiapkan menjelang malam.. Ini tempahan dari jiranku, jadi aku tiada masalah dengan delivery. Pagi esok pon masih sempat agaknya... Cuma kek tunang, akan diambil pada petang esok dari pelanggan sendiri. Last sekali, kek kahwin pada hari raya ke-3, sempatlah rehat sikit... Untuk rumah aku pulak?? Entah, butter kek aje kot... huhuhue!~ InsyaAllah, akan ada juga dariku untuk keluarga...

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.

    p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community

    ReplyDelete