...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Monday, December 28, 2009

...My New Heavy Duty Mixer Has Arrived...


Betapa sukernye kat dalam hati nie bila apa yang dihajat-hajatkan menjadi kenyataan, bukan lagi mimpi... Tapi, bila dah jadi kenyataan nie, siap termimpi-mimpi lagik!!~
Well.., apa taknya, dah lama sangat dah mengidam kat satu bende alah nie, akhirnya mencangkung kat depan mata... Hmm... happy bebenor I rase, you!~

Khamis lepas, pagi-pagi lagi saya n mama terchenta pegi ke kedai menjual alat-alat bakery untuk industry... So aku pow laa bende nie (sorry, gambar tak disiarkan. Problem sket dengan kabel)...

Heavy Duty Mixer BM15 (15 litres/3.5kgs flour).
Brand : BERJAYA
Harga : Between RM 1.5k - RM 2k++ (Kedai-kedai tak sama harganya...)

So, as Jumaat adalah hari cuti bagi kami kat Kelate nie, penghantaran dibuat pada hari Sabtu.. then last Saturday, pagi-pagi lagik depa dah sampai kat depan umah nie.. Kebetulan aku takde kat umah kerana membuat penghantaran... (Itulah keje aku tiap-tiap pagi.., tiap-tiap hari...)

Bila saja aku sampai kat umah nie, nampak sebijik van baik punye letak cantik kat dalam porch kete aku... Aku nampak ada salesman yang kat kedai tempoh hari senyum meleret kat aku... Apalagi, laju je aku angkat kaki nak tengok mixer baru... Suke betui rasanya...!!~

Semalam, aku try test power mixer nie.. Hmm.., memang puas hati.. Apa taknya, biasanya kalo nak buat kek yang 1.6kg tu, penuh satu bekas sampai nak tumpah... So, dia punye mixing tak berapa blend well la kan.. Dengan mixer nie, semua itu dapat diatasi dengan mudah... Sebab mixer nie boleh memuatkan kapasiti tepung maksima 3.5kg... Means aku takyah laa buat keje berulang-ulang banyak kali sampai penat n tak cukup masa lagi... Kek pon gebusss banget, sebab tepung tergaul dengan rata n jayanya... Suke bangettt..!!~

**Sometimes, kite kene laa juga award diri kita sendiri atas segala susah payah, n tiap titik keringat yang telah kite usahakan dengan jayanya... Kan?? Barulah kita rasa berbaloi n berharga...

Saturday, December 26, 2009

...Apabila Majlis Terbatal...

Assalamualaikum... There's juz' a situation where you got an order for an engagement... Then, a few days before the occassion, you got a message :

"Hello Sis.., my engagement has been cancelled.. So with the orders.. May I have my money back??"

Well guys, it is not about the order which is got to be cancelled that I sad of, but the engagement... How do you (bakers) feel?? Well.., to me, when I got the message last nite, it is not about the "order" that I sad about... It is about the engagement.. Juz' feel sad for her.. Hmm.. For truth, I dunno nothing to say about the occassion cancellation. Juz' feel sorry for her... How about you guys? How do you feel, when situation like this happens to you?

Thursday, December 24, 2009

...Ziela & Zul's Wedding Cake Part 2...


Vanilla Custard Cream Cake Strawberry Treasure 1.5kg
Chocolate and Gold Theme
From the bride to the bridegroom...

Wednesday, December 23, 2009

...Ziela & Zul's Wedding Cake Part 1...

Blueberry Layered Vanilla Wedding Cake 1.5kg (Green theme).
From bridegroom to the bride.

Tuesday, December 22, 2009

...Orange Theme Wedding Cake in Love Shape...


Blueberry Layered 1.5kg Orange Theme...
Ordered from my sister-in-law for her younger brother's wedding...

...Hadiah Pertunangan dari Kejauhan...

Order dari Fizie (Seremban) untuk pertunangan sahabatnya yang tinggal di Wakaf Che Yeh... Terkejut Nadia terima kotak berisi keknya.. I can see she's confusing that moment... Hehehe..

...2 Tiers Cake for Wedding...

Ini untuk bahagian atasnya...

Ini untuk bahagian bawahnya...

Vanilla Custard Cream Cake (2 tiers) for wedding.. I tak pasang terus untuk ambil gambar.. I masuk dalam kotak, then bagi juz' like that kepada customer lengkap dengan tiang dan pisau. Customer pasang sendiri di tempat kejadian.

Waktu ambil order nie I tak sihat sangat.. Nie order yang sempat dibuat raya ke-2 AidilAdha sebelum I collapse n tak terbangun hingga lebih seminggu last few days...

Order untuk raya ke-3, thanks for having a mother yang sanggup tolong penuhi bagi pihak I-order muffin n creamy triffle untuk hantaran pertunangan.. I langsung tak terbangun.

Untuk raya ke-4 dan seterusnya, sorry sangat I terpaksa cancel atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.. Sesungguhnya anda amat menyokong saya dan saya amat berterima kasih...

...Order Last AidilAdha...

Fruity Creamy Triffle 8x8 RM 15.00.


Susunan kek-kek dan puding sedia untuk dihantar.

Vanilla Custard Cream Cake

Butter Cake

Monday, December 21, 2009

...Announcement...

Assalamualaikum wbt buat semua...

Dah lama sangat tak update this blog.. Last few days my blog friend ada call, asked me, tak rindu memember blogger ke?? Huhuee... Who said I tak rindu? Apa lagi untuk update blog yang tak terupdate latest cake pictures!~ Unfortunately, I akan jaaarraaang sekali update blog nie due to a little problem needs to be solve... Okay??

Buat customer yang ingin menempah kek dari saya, please do call my direct line 013-9564578 to order okay? Ini kerana saya jarang sangat buka email.. My computer rosak, and lappy my sis bawak gi study. So, ini memang a little bit hard for me to check my email.. So, anything related, nak order cakes, cupcakes, muffin for doorgift (100 pcs for RM 50), or apa-apa saja, please call my mobile number appeared. Thank you so much and so sooorryyy for the inconvinient..

Sunday, November 22, 2009

...Updating the unupdated...

Tempahan dari student USM Kubang Kerian - Syazwan.. Korang memang sporting!~
25pcs of cupcakes untuk majlis kelas... Thank you so much!~


Fondant Cupcakes 25pcs.
Order dari Ieka (SL Work Force Sdn. Bhd.) untuk hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki.
Ieka nie cantik manis orangnya... Tengok tak jemu.. Hehe.. Terima kasih sangat2 ya Ieka...



Buttercream Cupcakes 14pcs.
Juga tempahan dari Ieka pada hari yang sama.. Nie untuk adik-adik makan... Terima kasih banyak-banyak...

...Updating the unupdated...

Vanilla Custard Cream Cake 1kg

Majlis Pertunangan Azura dan Anuar. Kek ditempah oleh kakak Azura. Sebenarnya Azura nie kawan lama.. Sekelas masa form 2 dulu... Lama sangat tak jumpa.. 8 years something... Masa hantar kek baru jumpa. Sorry sangat2 tak dapat pegi ke majlis, maklum saja, bila ramai orang kawen or tunang, I'm one of the busiest person too... Apa-apa pun, tahniah to Azura!!~

Vanilla Custard Cream Cake 1kg

Sempena majlis sambutan Hari Raya di ofis.. Lupa nama akak tu.. Sorry, alas 4segi out of stock. Nak beli tak sempat...
Turut ditempah, 100 biji mini moist chocolate cake muffin.


Vanilla Custard Cream Cake 1kg
Tempahan dari K.Sah untuk anak saudara yang melangsungkan perkahwinan. Kek nie jauh travel.. Ke Kuala Terengganu... Lupa apa nama tempat tu secara spesifik... Thanks so much!!~

...Updating the unupdated...

Tempahan dari bebudak SL Work Force Sdn. Bhd. untuk contoh hantaran..
Simple saja, with love shape and flowers..

Ke Hospimart Shoppe Kota Bharu (Pengedar kami).

Ini juga ke Hospimart Shoppe Kota Bharu.

Ini juga ke Hospimart Shoppe KB.
Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya secara terus di talian 013-9564578. Thanks!~

Creamy Fruity Triffle Pudding RM 25.00
Tempahan dari mereka-mereka di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu sempena majlis Hari Raya. Thank you very much! Turut ditempah, butter cake 1kg. Diberi percuma sebagai bonus : Vanilla Custard Cream Cake 1kg.

Friday, September 25, 2009

...Task on Hari Raya ke-6...







Vanilla Cake Blueberry Layered; 1kg; RM 35.00
Engagement Cakes - Ordered by my ex-officemate for her sister in law which is getting engage on 7th Eid. Both of them seem quite similar.. Juz' the shape are different.

...Task on Hari Raya Keempat...




Tiramisu @ Farra Delight
900g @ RM 40.00
Tiramisu - Untuk pencuci mulut di meja pengantin. Sempena perkahwinan sepupu saya - Wan Djunaidi dan isteri (Izura); Wan Nur Azliza dan suami (Wan Azhar).. Semoga bahagia ke anak cucu cicit.. Alhamdulillah, feedback yang menarik banyak diterima dari saudara-mara yang mencuba.
Pada hari yang sama, saya juga menyiapkan 2 biji Vanilla Custard Cream Cake. Kebetulan waktu customer datang ke rumah nak ambil kek, saya berada di rumah bapa saudara saya for the wedding... Kek pulak belum dihias.. So, that nite, saya terpaksa laa gi hantar ke rumah customer tu kat Ketereh accompanied by my mum... Thanks mum. Siap support fuel lagi!~ Hehehe :D.

...Task on Hari Raya ke-3...

Vanilla Custard Cream Cake; 1kg RM30.00
Got orders of a 1kg Vanilla Custard Cream Cake from K.Sah. This cake will be travelled to KL. Thanks ya?!~

Tuesday, September 22, 2009

...Special Thanks to Dearest Customers...

Vanilla @ Butter Cake & Marble Cake Orders :

Kak Zinie (Hospital Pakar Perdana) : 12 Vanilla Cakes
Su Na (My Aunty) : 2 Marble Cakes
Kak Sue : 4 Vanilla Cakes
Tengku Haq : 38 Vanilla Cakes
Kak Nik (My Cousin) : 1 Vanilla Cakes
Che Ma (My Aunty) : 1 Marble Cake

Vanilla Custard Cream Cake Orders :

Kak Ayu : 1 (Regular)
Kak Zah (Airport P.C.) : 1 (Kiwi Treasure); 1 (Regular)
Kak Mimie (Airport P.C.) : 2 (Pineapple Treasure)
Abe Zan (Airport P.C.) : 1 Almond Chocolate
Tengku Haq : 1 (Regular)
Kak Nam : 2 (Regular)

Moist Devil's Food Cake Orders :

Su Na (My Aunty) : 1 (Chocolate Superior)
Kak Adik : 1 (Regular)
Kak Zah (Airport P.C.) : 1 (Chocolate Superior)
Kak Mimie (Airport P.C.) : 1 (Chocolate Superior)

Wedding Cakes Orders :

Iera (Pasir Puteh) : 2 of 1.5kgs Vanilla with Hazelnut Custard (I've changed to Almond Custard).
Siti : 1 of 1.5kgs Vanilla Cakes Blueberry Layered.

Almond London :

Kedai Che Saba (Chabang 3 Tanjong Mas) : 5 boxes of 50's
RHSZ Jaya Enterprise : 3 boxes of 50's
Abe Djunaidi (My Cousin) : 2 boxes of 50's
Akak Liza : 1 box of 50's
Mommy sold 3 boxes of 50's
Abe Zan (Airport) : 1 box of 50's
Tengku Haq : 2 boxes of 50's
Kak Nik (My Cousin) : 1 box of 50's

Thank you so much to all of my customers... Thank you so much for all of your support... May Allah bless all of you... Amin...

...Hari Raya Kedua...


Vanilla Cake, Blueberry layered, 1.5kgs.

This is the cake I've juz' finished. My step sister called a day before Hari Raya for this wedding cake. The wed will be held on 3rd Hari Raya, so I've to finish the cake on 2nd Eid. She told me the colour theme - white and blue - making me feel so free to appear with my own idea.. I love it!~ I've jumped into this world of creativity, so why must I use the same idea with others? Except, it's a customer's request.. I have no choice... This order making me feel good... Hehehe...


I've ran out of castor sugar.. I went to buy it from the bakery shop but they are all still closed. When I was on the way home, I've passed a grocery.. Luckily suddenly.. Hahaha!!~ Even though they were a little bit expensive (A LITTLE, okay?), I juz' took it as I need it so d**n much.. I baked the cake on 5pm.. Cover it a little, then I went to my aunty's place.. I've started decorating this cake on 10.00pm... Whatever it is, I hope the bride/bride groom will like the end product..

...Hari Raya Pertama...


Cakes... In the box.




Vanilla Cake, Almond Custard layered.
(I've promised the owner to make hazelnut custard, but I've failed to find hazelnut meal everywhere. I've changed it to almond... Sorry k??)
*Designed as the owner's wish. She emailed me the picture. Except additional silver beads and colours are quite different).


Assalamualaikum... Just' to tell a story about my Eid.. A few days before Eid, my taylor told me "I've failed to sew your dress". I was juz "Hmmm..." thinking about the dress... And about the engagement cakes to be finished on the 1st Syawal, the engagement will be held on 2nd Syawal... "Nevermind then, my 1st hari raya will be raya with the cakes... So, I'm not going anywhere. Carry on, then". Huhuhu!~ So On the 1st Syawal, I baked two of 1.5kgs Vanilla Cakes, one in 'love' shape, one in square shape.. I was juz' finished it on 5 p.m.

...Vespa Craze - Nuttin' to do with cake...


Assalamualaikum...
A few days before Ramadhan...
Well, this entry got nuttin' to do with cake.. But I really want to share what I've seen this afternoon, when we were having dinner in a restaurant.. It was the Vespa replica. To me, the vespa was soooo unique. Well, it made me "WowW!" when I saw it at first.. So impress with it.. Why not?? Built from thrown Pepsi can, the tyres were from drinking water's bottle lid.. The edge of the can covered with rubber (the wyer's cover) to avoid it harm your pretty hands... Hmm... So cute.. Well., that's all.. Enjoy!!~!~ Drink Pepsi and make a vespa from it! Save the nature!~

...Farihin's Birthday - 07/08/2009...

Vanilla Custard Cream Cake

See that tiny mini car??? How cute!~ It was Kandos's Car Chocolate.

NyumMm...!~ Everybody loves this cake...

Happy 3rd Birthday dear Farihin!~

Saturday, September 19, 2009

...Hari Raya yang Menjelang Tiba...

Hmmm... Menjelang awal Ramadhan, bermula rutin hidupku yang agak hectic. Cukup sibuk dengan promosi-promosi demi memperkenalkan jenamaku yang baru "Farra Delight" setelah berkira-berkira - HomePicks akan didaftarkan sebagai syarikat Enterprise yang baru.

Aku mula membuat biskut - Almond London hanya setelah dua minggu berpuasa. Agak lewat, tapi aku tak kisah.. Ramadhan kali nie aku lebih menekankan kepada produk kek.. Tempahan-tempahan kek mula diterima. Tempahan melalui online tidak dapat aku terima kerana tempahan dari luar yang kuterima amat-amat memberangsangkan. Lebih dari target. Alhamdulillah... Sesungguhnya segala rezeki itu datangnya dari Allah jua.. Aku pasti, kebanyakan rakan seperjuanganku, bakers yang lain juga mendapat tempahan yang cukup banyak!~

Seminggu sebelum hari raya, terima undangan dari FAMA untuk menyertai pameran produk Industri Asas Tani @ IKS berhampiran Bazaar Ramadhan. Bermula 10hb hingga 19hb. Namun, gerai kami hanya dibuka sehingga 13hb berikutan menerima tempahan yang inginkan produknya secara segera dalam bilangan yang banyak.

Kesemua kek-kek dan biskutku adalah 100% dari air tanganku. Tiada sedikit pun sentuhan dari orang lain.

Dua hari sebelum hari raya, aku harus menyiapkan lebih 50 biji kek dan membuat delivery kepada customer. Dari bab membeli barang, menimbang, membancuh, membakar, membungkus hinggalah ke delivery 100% aku yang buat... Allah saja yang tahu, betapa pergelangan kaki ini rasa bagai nak tercabut, lutut bagai nak terpenggal... Namun aku gembira, apabila dapat memuaskan hari pelangganku yang mengharapkan hasil yang terbaik dariku... Amat-amat berterima kasih pada anda yang menyokongku.. Allah saja yang mampu membalas..

Sekarang, aku juga rindu pada blogku yang dah lama tak terupdate. Namun begitu, masih ada 2 biji kek kahwin, 3 biji kek Moist Devil's Food Cake yang harus disiapkan menjelang malam.. Ini tempahan dari jiranku, jadi aku tiada masalah dengan delivery. Pagi esok pon masih sempat agaknya... Cuma kek tunang, akan diambil pada petang esok dari pelanggan sendiri. Last sekali, kek kahwin pada hari raya ke-3, sempatlah rehat sikit... Untuk rumah aku pulak?? Entah, butter kek aje kot... huhuhue!~ InsyaAllah, akan ada juga dariku untuk keluarga...

Monday, August 17, 2009

..::Cake Tour Terakhir Sebelum Ramadhan::..

Assalamualaikum wbt..,

Buat pengunjung yang ternanti-nanti kami mengadakan Cake Tour di airport, sila ambil perhatian, okie..??!~

Program : Farawan Cake Tour Promotion
Venue : Sultan Ismail Airport (inside the airport)
Date : 18, 19, 20 & 21 Ogos 2009
Time : 7.30 a.m. - 8.00 p.m....

So, buat semua yang ingin mengunjungi next tour kami, sila-silakan laa ye..? Jangan malu-malu... Banyak promotion yang memang murah.. Especially bagi Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang memang giler-giler murah. Kat sini kami jual secara slice tau!~ Gitu jugak dengan Vanilla Custard Cream Cake... Banyak lagi produk kami yang akan ada nanti... Jangan ketinggalan, ya??!!~ Salamzzz...!!~!~

..::Perayaan 10 Tahun Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)::..

Assalamualaikum wbt..,

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsung sebuah karnival bagi meraikan Majlis Ulangtahun ke-10 YOKUK. Kami di Farawan @ HomePicks juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengadakan Cake Tour kami di karnival tersebut. Selain kami, seperti biasa, teman seperjuangan - Chef Lanz Recipe turut sama mengadakan promosi di dalam program tersebut. Kelihatan Bro Aseri, the managing director memantau booth, senyum padaku.. Tapi kelibatnya hilang menjelang petang.. Dah balik agaknya.. Booth dijaga oleh team sales..

Pesta bermula seawal 8.00 pagi. Rakan niaga saya - Cik Manisah, awal-awal lagi dah sampai.. Terus dia call saya suruh cepat... "Alamak, masa taklimat hari tu pihak pengurusan kata pukul 8.00 baru FAMA pasang khemah... Pesal cepat sangat??"... Aku cepat-cepat menyiapkan diri dan heroku - Farihin.. Kebetulan pada pagi tu juga my husband ada urusan kerja.. Aku terpaksa membawa Farihin bersama ke Cake Tour.. Aku lupa nak bagitau pengasuh sehari sebelum tu.. Terlupa my husband jugak ada urusan kerja pada hari yang sama...

Aku sampai di tapak karnival dah agak lewat.. Pukul 9.15 pagi lebih kurang.. Pengunjung sudah ramai yang membanjiri tapak pesta.. Oh yes.., promotion memang giler-giler.. Tambahan pulak, membeli pakai kupon, of course pengunjung nak habiskan kupon dalam masa sehari.. Kami disarankan untuk membawa barang jualan dengan nilai wang RM 1,000.00. Lebih kurang pukul 12.00 tgh hari, para VIP melawat booth-booth jualan.. Booth kami diapit oleh peserta jualan yang terdiri dari ahli YOKUK sendiri.. Antara VIP yang hadir adalah Dato' Zaid Ibrahim dan isteri, Dato' Anuar Tan dan lain-lain... Majlis itu juga diserikan oleh persembahan-persembahan yang amat menarik dari ahli-ahli YOKUK.. Banyak perasaan yang timbul pada diriku... Rasa insaf dan kesyukuran yang teramat.. Hmm... Suka bergaul dengan mereka-mereka nie.. Alhamdulillah, mereka tidak merasa tersisih walau sedikit pun!~ Mereka bergaul seperti manusia-manusia normal yang lain.. Ada sesetengah tu, lebih berjaya dari kita yang normal. Percaya tidak, seorang kenalan yang cacat di kakinya memandu BMW siri terbaru! Baru2 ini baru saja membeli Vios untuk isteri tersayang... Buat para pembaca di luar sana, jangan pula pandang rendah pada mereka, tau! Majlis turut diserikan oleh artis-artis dari AF - Nadia, Ghoud, Yazid.. ermm.. sape lagi eks.. Aku actually, lupa nama.. Sebab aku tak kenal pon diorang nie.. Sorry sangat.. Aku bukan ape, aku jarang tengok TV.. AF langsung laa.. Aku asyik dengan oven aje... Sorry...

Cerita mengenai my hero pula, satu kebetulan, booth kami terletak berhampiran dengan papan lungsur warna-warni yang berterowong tu.. Dia langsung tak mengganggu urusanku - Asyik bermain dengan papan lungsur dengan teman-teman baru dari awal sampai hingga ke pukul 5.50 petang (waktu berkemas nak balik)!!~ Ish ish... tak penat ke budak nie??? Dahlah cuaca panas terik, kebimbangan H1N1 juga turut dirasai... Masa nak balik, aku start kereta pun dia buat tak endah saja... Huhue!~ Masuk je dalam kereta, entah bila masa dia terlena... Heroku yang satu ini...

Jualan pada hari tu cukup memuaskan hati aku dan rakanku.. Kutipan kami lebih dari RM 800.00 walau jualan hanya 7 jam.. Alhamdulillah.. Lebih mengharukan kami bila kami ditanya "Mana satu Farah (Farawan)?", setelah customer tu melihat Vanilla Custard Cream yang menyerikan meja kami... Aku dan Echah saling berpandangan dan tersenyum... Nama Farawan dan HomePicks kini makin dikenali... Alhamdulillah..

Aku amat berpuas hati dengan program petang itu.. Tambahan pula, isteri kepada Dato' Zaid Ibrahim memang peramah!~ Aku terserempak dengannya ketika hendak ke tandas (di ofis YOKUK), beliau yang sedang memegang sepiring coklat ball mengoffer padaku.. Of course, aku rembatlah satu (walaupun aku jugak jual kek...) Huhue!~ Hmm... itu aje kot cerita yang nak dikongsi.. Foto sumer kat dalam digicam rakan bisnes saya.. Belum transfer lagi... Nanti di-update, okie?? Salamzzz...!~

Tuesday, August 11, 2009

..::Hari Raya Cakes, Anyone..??::..

Assalamualaikum w.b.t..,

Hmm.., Ramadhan dah hampir.. Lepas sebulan berpuasa tup tup dah nak raya.. Ye tak??
So, kat sini, kami pon tak nak ketinggalan untuk mempromosikan produk kami... Sila lihat detail seperti di bawah nie ya..??

Butter Cake, Marble Cake 1Kg RM 15.00
Dengan rasa dan aroma butter mewah yang istimewa, pastinya menggiurkan tiap peminat setia kek.. Ditambah dengan kelembutan dan kegebuan kek ini sebagai bonus bagi anda yang alah membeli, menang memakai...
Moist Devil's Food Cake Regular 1Kg RM 38.00
Rasa coklat yang kaya dan gebu.. Melt in your mouth!~ Pasti memukau tiap penggemar coklat.. Apa lagi bila melihat lelehan coklat cair yang memukau.. Kami hanya menggunakan bahan yang terbaik untuk hasil yang terbaik buat semua pengguna produk kami...
Vanilla Custard Cream Cake 1kg RM 30.00
Kek Vanilla yang lembab, harum beraroma berkualiti tinggi digabung dengan krim kastad yang segar.. Kek tiga lapis ini antara produk sukaramai yang pastinya memikat hati sesiapa yang memandang.. Hidang saja di meja anda.. Kuning yang menyerlah menyeri ruang di samping kudapan yang enak... Pastikan terhidang di meja anda...
Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior
RM 45.00 JIMAT RM 10.00 (Diskaun 22%)
Memukau pandangan tiap yang memandang!!~ Sekali hadap saja untuk jemputan 10 orang bagi 2 kilo beberapa hari yang lalu! Most favourite! Dengan Chocolate Mousse dari krim segar berlabel emas.., lelehan coklat yang bersinar menawan kalbu penggemar coklat... Apa tunggu lagi??
Tiramisu
RM 45.00 JIMAT RM 10.00 (Diskaun 22%)
Kami hanya menggunakan krim keju yang diiktiraf dari rasanya serta krim segar yang berlabel emas saja.. Hanya bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang berkualiti tinggi... Pastikan apa yang di meja anda bernilai tinggi juga... Sebagai penghargaan untuk sanak saudara yang bertandang ke rumah...
* Tempahan untuk kek adalah terhad kerana saya hanya membuat kek apabila hampir dengan waktu delivery. 100% buatan tangan saya sendiri.. Tanpa pembantu dari mak, ayah, cik abe, adik ataupun bibik..
Apa yang pasti, saya amat menjaga keistimewaan produk keluaran saya walaupun Butter Cake.. For sure amat berlainan dari segi rasa dan kelembapan.. InsyaAllah..
So, apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang sebelum senarai penuh...!!!~~!~
Sekian, terima kasih...

Tuesday, August 4, 2009

..::Pelancaran Persatuan G-Ten Usahawan MARA::..


Barisan usahawan yang menyertai ekspo mini.. (Gambar diambil dari booth kami).




Sepintas lalu gambar pentas..



Salam wbt...

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan mini ekspo pengeluar produk usahawan MARA dan majlis pelancaran Persatuan Gerak Tingkat Ekonomi Negeri Kelantan (G-Ten).. Namun begitu, program ini bukanlah program Cake Tour seperti yang diberitahu tempoh hari.. Senang cerita, I tersilap bagi info.. Sorry, okie..?!~ Program nie adalah untuk usahawan yang dijemput saja... Kata pegawai kat situ, seramai 300 usahawan yang dijemput untuk majlis tersebut.. Sila baca detail.. Latest news akan diupdate kemudian.





NAMA PROGRAM : MINI EKSPO PENGELUAR PRODUK USAHAWAN MARA DAN PELANCARAN PERSATUAN GERAK TINGKAT EKONOMI NEGERI KELANTAN (G-TEN).












TARIKH : 8 OGOS 2009 (SABTU)








MASA : 8.30 PAGI












TEMPAT : BANGUNAN MARA (3rd Floor)

Mini ekspo ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan kepada seluruh masyarakat, mencari jaringan bisnes yang baru dan menjalinkan hubungan silaturrahim antara usahawan-usahawan dan juga para pengguna seluruhnya...

Anda adalah dijemput hadir ke program tersebut untuk melihat perkembangan usahawan-usahawan negeri Kelantan. Ramai pengusaha dijangka akan turut serta. Sekian, terima kasih.