...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Monday, August 17, 2009

..::Cake Tour Terakhir Sebelum Ramadhan::..

Assalamualaikum wbt..,

Buat pengunjung yang ternanti-nanti kami mengadakan Cake Tour di airport, sila ambil perhatian, okie..??!~

Program : Farawan Cake Tour Promotion
Venue : Sultan Ismail Airport (inside the airport)
Date : 18, 19, 20 & 21 Ogos 2009
Time : 7.30 a.m. - 8.00 p.m....

So, buat semua yang ingin mengunjungi next tour kami, sila-silakan laa ye..? Jangan malu-malu... Banyak promotion yang memang murah.. Especially bagi Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang memang giler-giler murah. Kat sini kami jual secara slice tau!~ Gitu jugak dengan Vanilla Custard Cream Cake... Banyak lagi produk kami yang akan ada nanti... Jangan ketinggalan, ya??!!~ Salamzzz...!!~!~

..::Perayaan 10 Tahun Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)::..

Assalamualaikum wbt..,

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsung sebuah karnival bagi meraikan Majlis Ulangtahun ke-10 YOKUK. Kami di Farawan @ HomePicks juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengadakan Cake Tour kami di karnival tersebut. Selain kami, seperti biasa, teman seperjuangan - Chef Lanz Recipe turut sama mengadakan promosi di dalam program tersebut. Kelihatan Bro Aseri, the managing director memantau booth, senyum padaku.. Tapi kelibatnya hilang menjelang petang.. Dah balik agaknya.. Booth dijaga oleh team sales..

Pesta bermula seawal 8.00 pagi. Rakan niaga saya - Cik Manisah, awal-awal lagi dah sampai.. Terus dia call saya suruh cepat... "Alamak, masa taklimat hari tu pihak pengurusan kata pukul 8.00 baru FAMA pasang khemah... Pesal cepat sangat??"... Aku cepat-cepat menyiapkan diri dan heroku - Farihin.. Kebetulan pada pagi tu juga my husband ada urusan kerja.. Aku terpaksa membawa Farihin bersama ke Cake Tour.. Aku lupa nak bagitau pengasuh sehari sebelum tu.. Terlupa my husband jugak ada urusan kerja pada hari yang sama...

Aku sampai di tapak karnival dah agak lewat.. Pukul 9.15 pagi lebih kurang.. Pengunjung sudah ramai yang membanjiri tapak pesta.. Oh yes.., promotion memang giler-giler.. Tambahan pulak, membeli pakai kupon, of course pengunjung nak habiskan kupon dalam masa sehari.. Kami disarankan untuk membawa barang jualan dengan nilai wang RM 1,000.00. Lebih kurang pukul 12.00 tgh hari, para VIP melawat booth-booth jualan.. Booth kami diapit oleh peserta jualan yang terdiri dari ahli YOKUK sendiri.. Antara VIP yang hadir adalah Dato' Zaid Ibrahim dan isteri, Dato' Anuar Tan dan lain-lain... Majlis itu juga diserikan oleh persembahan-persembahan yang amat menarik dari ahli-ahli YOKUK.. Banyak perasaan yang timbul pada diriku... Rasa insaf dan kesyukuran yang teramat.. Hmm... Suka bergaul dengan mereka-mereka nie.. Alhamdulillah, mereka tidak merasa tersisih walau sedikit pun!~ Mereka bergaul seperti manusia-manusia normal yang lain.. Ada sesetengah tu, lebih berjaya dari kita yang normal. Percaya tidak, seorang kenalan yang cacat di kakinya memandu BMW siri terbaru! Baru2 ini baru saja membeli Vios untuk isteri tersayang... Buat para pembaca di luar sana, jangan pula pandang rendah pada mereka, tau! Majlis turut diserikan oleh artis-artis dari AF - Nadia, Ghoud, Yazid.. ermm.. sape lagi eks.. Aku actually, lupa nama.. Sebab aku tak kenal pon diorang nie.. Sorry sangat.. Aku bukan ape, aku jarang tengok TV.. AF langsung laa.. Aku asyik dengan oven aje... Sorry...

Cerita mengenai my hero pula, satu kebetulan, booth kami terletak berhampiran dengan papan lungsur warna-warni yang berterowong tu.. Dia langsung tak mengganggu urusanku - Asyik bermain dengan papan lungsur dengan teman-teman baru dari awal sampai hingga ke pukul 5.50 petang (waktu berkemas nak balik)!!~ Ish ish... tak penat ke budak nie??? Dahlah cuaca panas terik, kebimbangan H1N1 juga turut dirasai... Masa nak balik, aku start kereta pun dia buat tak endah saja... Huhue!~ Masuk je dalam kereta, entah bila masa dia terlena... Heroku yang satu ini...

Jualan pada hari tu cukup memuaskan hati aku dan rakanku.. Kutipan kami lebih dari RM 800.00 walau jualan hanya 7 jam.. Alhamdulillah.. Lebih mengharukan kami bila kami ditanya "Mana satu Farah (Farawan)?", setelah customer tu melihat Vanilla Custard Cream yang menyerikan meja kami... Aku dan Echah saling berpandangan dan tersenyum... Nama Farawan dan HomePicks kini makin dikenali... Alhamdulillah..

Aku amat berpuas hati dengan program petang itu.. Tambahan pula, isteri kepada Dato' Zaid Ibrahim memang peramah!~ Aku terserempak dengannya ketika hendak ke tandas (di ofis YOKUK), beliau yang sedang memegang sepiring coklat ball mengoffer padaku.. Of course, aku rembatlah satu (walaupun aku jugak jual kek...) Huhue!~ Hmm... itu aje kot cerita yang nak dikongsi.. Foto sumer kat dalam digicam rakan bisnes saya.. Belum transfer lagi... Nanti di-update, okie?? Salamzzz...!~

Tuesday, August 11, 2009

..::Hari Raya Cakes, Anyone..??::..

Assalamualaikum w.b.t..,

Hmm.., Ramadhan dah hampir.. Lepas sebulan berpuasa tup tup dah nak raya.. Ye tak??
So, kat sini, kami pon tak nak ketinggalan untuk mempromosikan produk kami... Sila lihat detail seperti di bawah nie ya..??

Butter Cake, Marble Cake 1Kg RM 15.00
Dengan rasa dan aroma butter mewah yang istimewa, pastinya menggiurkan tiap peminat setia kek.. Ditambah dengan kelembutan dan kegebuan kek ini sebagai bonus bagi anda yang alah membeli, menang memakai...
Moist Devil's Food Cake Regular 1Kg RM 38.00
Rasa coklat yang kaya dan gebu.. Melt in your mouth!~ Pasti memukau tiap penggemar coklat.. Apa lagi bila melihat lelehan coklat cair yang memukau.. Kami hanya menggunakan bahan yang terbaik untuk hasil yang terbaik buat semua pengguna produk kami...
Vanilla Custard Cream Cake 1kg RM 30.00
Kek Vanilla yang lembab, harum beraroma berkualiti tinggi digabung dengan krim kastad yang segar.. Kek tiga lapis ini antara produk sukaramai yang pastinya memikat hati sesiapa yang memandang.. Hidang saja di meja anda.. Kuning yang menyerlah menyeri ruang di samping kudapan yang enak... Pastikan terhidang di meja anda...
Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior
RM 45.00 JIMAT RM 10.00 (Diskaun 22%)
Memukau pandangan tiap yang memandang!!~ Sekali hadap saja untuk jemputan 10 orang bagi 2 kilo beberapa hari yang lalu! Most favourite! Dengan Chocolate Mousse dari krim segar berlabel emas.., lelehan coklat yang bersinar menawan kalbu penggemar coklat... Apa tunggu lagi??
Tiramisu
RM 45.00 JIMAT RM 10.00 (Diskaun 22%)
Kami hanya menggunakan krim keju yang diiktiraf dari rasanya serta krim segar yang berlabel emas saja.. Hanya bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang berkualiti tinggi... Pastikan apa yang di meja anda bernilai tinggi juga... Sebagai penghargaan untuk sanak saudara yang bertandang ke rumah...
* Tempahan untuk kek adalah terhad kerana saya hanya membuat kek apabila hampir dengan waktu delivery. 100% buatan tangan saya sendiri.. Tanpa pembantu dari mak, ayah, cik abe, adik ataupun bibik..
Apa yang pasti, saya amat menjaga keistimewaan produk keluaran saya walaupun Butter Cake.. For sure amat berlainan dari segi rasa dan kelembapan.. InsyaAllah..
So, apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang sebelum senarai penuh...!!!~~!~
Sekian, terima kasih...

Tuesday, August 4, 2009

..::Pelancaran Persatuan G-Ten Usahawan MARA::..


Barisan usahawan yang menyertai ekspo mini.. (Gambar diambil dari booth kami).




Sepintas lalu gambar pentas..



Salam wbt...

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan mini ekspo pengeluar produk usahawan MARA dan majlis pelancaran Persatuan Gerak Tingkat Ekonomi Negeri Kelantan (G-Ten).. Namun begitu, program ini bukanlah program Cake Tour seperti yang diberitahu tempoh hari.. Senang cerita, I tersilap bagi info.. Sorry, okie..?!~ Program nie adalah untuk usahawan yang dijemput saja... Kata pegawai kat situ, seramai 300 usahawan yang dijemput untuk majlis tersebut.. Sila baca detail.. Latest news akan diupdate kemudian.





NAMA PROGRAM : MINI EKSPO PENGELUAR PRODUK USAHAWAN MARA DAN PELANCARAN PERSATUAN GERAK TINGKAT EKONOMI NEGERI KELANTAN (G-TEN).












TARIKH : 8 OGOS 2009 (SABTU)








MASA : 8.30 PAGI












TEMPAT : BANGUNAN MARA (3rd Floor)

Mini ekspo ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan kepada seluruh masyarakat, mencari jaringan bisnes yang baru dan menjalinkan hubungan silaturrahim antara usahawan-usahawan dan juga para pengguna seluruhnya...

Anda adalah dijemput hadir ke program tersebut untuk melihat perkembangan usahawan-usahawan negeri Kelantan. Ramai pengusaha dijangka akan turut serta. Sekian, terima kasih.