...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Friday, July 31, 2009

..::Happy Birthday Mama & Abah::..


Vanilla Custard Cream Cake (Lapis Blueberry)
Order from Red UiTM Shah Alam, buat birthday mama dan abah...
Thank you very much!~!!~


Delivery..! Actually, self-pickup. Dia sampai sebelum cake siap dideco lagik..!
Sempat tengok lagik canne kite deco kek dia.. Aler, dia dah slalu tgk kite deco kek...

Thursday, July 30, 2009

..::Gambar Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan last days!~::..

Assalamualaikum wbt..,

Kat sini a few pictures karnival yang berlangsung selama 7 hari 7 malam bermula dari 23-29 Julai itu hari... Actually, karnival ini adalah salah satu event yang besar, menggunakan semua kawasan perkarangan stadium tanpa membazir sedikit pun.

Kawasan yang behadapan dengan Hospital Pakar Perdana adalah berkaitan dengan hal-hal pertanian dan perladangan, agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, Peladang, KESEDAR dan banyak lagi, agensi-agensi kewangan seperti Agro Bank, CIMB dan lain-lain.

Kawasan yang berhadapan dengan padang hoki, berdekatan dengan kolej kejururawatan pula berkaitan dengan keusahawanan dan production. Developer jugak banyak yang membuat pameran mereka sepanjang program itu di khemah yang berasingan di kawasan ini. Di bahagian ini terdapat 2 khemah beraircond, dan satu khemah berkipas. 1 khemah beraircond dan berkipas bagi usahawan-usahawan makanan yang mempamer dan memasarkan produk mereka, manakala satu lagi khemah beraircond bagi mereka yang terlibat dengan development, serta produk kraftangan...

Manakala satu lagi padang (Padang Jubli Perak) adalah pameran haiwan dari mereka yang terlibat dengan penternakan dan nelayan... Kat sini, dikatakan terdapat seekor lembu seberat 1 tan turut dibawa kepada umum. My hubby dan kakak cakap, saiz lembu tu adalah sebesar seekor gajah. I tak sempat tengok semua pameran tu... Semasa pameran tu jugak, terdapat kuda ponny (kuda miniature) yang sebesar kambing yang cute-mute tu.. Eeii, geram betul. Sorang budak yang jaga booth tu cakap, kuda tu boleh ditunggang oleh kanak-kanak berumur antara 3-5 tahun. Dah laa comel, siap berjambul.. Siapa yang tak gerammm...!~

Kat bawah adalah gambar yang diambil pada hari terakhir karnival. Kongsi sama-sama ya..?? Check it out!~


Gambar-gambar produk yang dijual sepanjang karnival... Segelintir saja ya!~ Ada yang tak dipotret...




Adik saya (Siti) sedang melayan customer...
Booth kami menerima antara 500-2,000 pengunjung sehari.
See the aircond kat atas tu kan... Sejukkkk gilerrr... Lagi2 time hujan dan di malam hari...




Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior yang menggoda tiap pengunjung karnival...
Booth kami kat dalam khemah beraircond... Cheewahh., macam VIP plak!~ Kek nie cair di kawasan yang panas... Tapi dalam aircond gini, maintain menggoda tiap mata memandang!~
Cepat benar sold out!~

The Cupcake's Tier...Kek Cawan yang terkenal dengan kecomelannya ini memang menarik perhatian.. Tambahan pengunjung yang juga baru menceburi bidang bakeri dan juga baru membuka bakeri... Datang ke sini untuk menambah ilmu tentang pemasaran dan juga mencari idea-idea baru serta jaringan bisnes... Pameran juga adalah satu cabang untuk mencari rakan bisnes yang baru, okie?!~



Antara cupcakes yang dijual...






Vanilla Custard Cream Cake yang dijual sepanjang hari karnival berlangsung.. Amat mendapat sambutan!~!~ Thanks semua customers kay..?? Pada mereka yang sentiasa menyokong saya tanpa putus-putus, sangat-sangat saya hargai... Buat semua customer yang menyukai produk saya, hingga sanggup datang kembali untuk menikmati kek keluaran syarikat saya, jutaan terima kasih saya ucapkan.. Juga kepada customer yang menelefon untuk menempah... Support dari kalian amat saya perlukan dan hargai!~!!~ Terima kasih...

Kepada yang menjayakan promosi Cake Tour ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Begitu juga kepada pihak penganjur yang memberikan ruang kepada kami untuk mengembangkan perniagaan kami yang baru nak merangkak ini...

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat...

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..



Order dari Ummie Tasneem buat rakan-rakan sekolah dan juga teacher tersayang...
Dari SMK Kota.. Thanks!~!~!~

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..





Muffin!~ Blueberry Muffin, Strawberry Muffin and Chocolate Chips Muffin...
Special thanks to : Dian 200pcs, Cik Nie 200pcs and Kak Aya 60pcs...

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..



Set ini diorder oleh Wan a.k.a. Wenkt pada awal Julai hari tu.. Hari nie 30hb Julai baru I updatekan gambarnya... Isinya Moist Devil's Food Cupcake.. Perhatikan swirl itu.. Dalamnya lebih cerah warnanya dari luar.. Sengaja dijadikan tona begitu, rasa lebih istimewa.. Memang lebih time consuming berbanding menggunakan satu warna.. Tapi berbaloi melihat hasilnya yang menepati jiwa pada malam itu...

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..

Pizza, muffin tripple, hot dog doughnut..
Display masa promotion kat airport...

Individual Cupcakes.. Display atas meja di airport...

Tasneem (sitting) and Kak Bee (Standing)...
Jual leklok tauuu... :p


Hong Kong Style Egg Tart.. juga masa Promotion Cake Tour kat Airport...

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..

Mozarella & Oregano Sausage Pizza.. Untuk jualan di airport last month..

Wednesday, July 29, 2009

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..


Kek untuk Majlis Bertandang Siti last June.. Nak yang paliiinggg ringkas... Devil Chocolate yang biasa jgn hias macam2.. Orait...




Kek untuk Majlis Pertunangan Tengku Nur Akma & Redzuan last June...
Banyak gambar kek tunang and kahwin yang tak ada dalam simpanan... :(

..::Unupdated Pictures to be Updated!!~::..

Salam wbt... Hari nie last day Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan.. Program nie merupakan program yang amat besar, dan merupakan program yang terbesar yang pernah saya join. Meriah, ramai sampai jam seluruh KB, dan parking yang tak ada hingga terpaksa berjalan hampir satu kilometer jika sampai lewat... Especially bila I balik kejap dari hantar barang dan pergi semula. Confirm tak ada parking... Petang nie jugak I baru tau yang my handphone leh connect to the computer.. Huh!~ Rasa tertipu ngan mamat jual henpon nie dulu!~ Sambil2 tu, I update gambar yang lama-lama dulu ya???



Muffin untuk diedar ke kedai. Packed individually... Picture last May.

Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior.. Ordered by Dian last May.. Thanks Dian.
Sorry akak baru release picture of your cake... :)

Ini pulak gambar Mashed Potato yang saya buat last few months... Lupa bulan berapa.. :)

Sunday, July 26, 2009

..::Hari Ke-4 Hari Peladang, Penternak dan Pertanian Kelantan::..

Assalamualaikum wbt............

Hari ini ingin berkongsi tentang karnival yang sedang berjalan selama 7 hari.. Hari ini merupakan hari yang ke-4 karnival... Sebenarnya, sebelum hari kami booking booth untuk jualan hati kami takut.. Takut jadi macam satu kes dulu, dimana, karnival waktu itu boleh dikatakan besar.. Anjuran Kerajaan Negeri lah katakan... Sewa booth mencecah RM500.00 untuk beberapa hari... Malangnya memang tak ada sambutan!~ Sebenarnya bukan produk kami yang tiada sambutan.. Tapi karnival tu memang tak ada orang yang pergi pon!~ Kami bingung dan rasa bagai tertipu... Sedih.. Kenapa tidak, duit telah dilabur untuk sewa tapak tapi malangnya kami kerugian... Apabila ditanya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran, rupanya mereka tak tahu-menahu langsung pasal karnival tu... Tiada langsung promosi tentang karnival kepada orang ramai... Sedih, memang kami sedih... Tapi kami anggap itu sebagai memperkenalkan produk kami kepada mereka-mereka yang mengunjungi karnival tu... Banyak produk-produk yang telah dibuat, kami sedekahkan kepada mereka sebagai tester dan promosi... Disebabkan hal itu, tiap kali kami nak booking booth, kami akan tanya, "ada hebah kat media mana-mana tak??"... Kami bimbang, people tak tahu pasal karnival tu nanti...

Alhamdulillah, semua tu memberi pengalaman kepada kami.. Ada yang mengenali kami disebabkan itu walaupun pada masa tu barang tak jalan... Karnival yang terkemudian, memang mendapat sambutan.. Alhamdulillah...!~ Ramai yang telahpun kenali kami... Ada yang menelefon..

Untuk karnival kali nie, memang sangat-sangat meriah.. Sejak dari hari pertama hingga hari ini, sambutan amat hangat!~ Hinggakan kami tidak cukup tidur, rehat.. Namun kami puas!~ Kita nantikan untuk hari-hari yang keseterusnya..... Terima kasih pada yang sudi membaca... :)

Tuesday, July 21, 2009

..::Creamy Strawberry Trifle::..

Creamy Strawberry Trifle
Picture from akak Nani...
Assalamualaikum wbt..,
Saya buat Creamy Strawberry Trifle masa hari lahir my hubby.. My hubby sorang nie memang suka sangat bab puding-puding nie. Kalo nak dibandingkan antara kek dengan puding, pudinglah yang akan jadi pilihan... For your info, puding nie memang marvellous.. Hari Raya nanti, pastikan anda menyajikan puding nie kat atas meja.. Tak rugi membeli, menang memakai!~ Anggaplah itu sebagai pelaburan yang menguntungkan untuk menggembirakan kaum keluarga serta sahabat handai yang berkunjung...
Dilapisi dengan kek vanilla buatan sendiri pada dasarnya yang diglis dengan inti strawberi yang istimewa... Pastinya memukau rasa tiap penggemar strawberi... Ditambah dengan kemewahan krim segar serta krim kastad yang menggiurkan... Wah.. Mengecurkan liur!~
Pada yang ingin menempah.. silakan saja. Harganya memang berpatutan!~ Sila lihat detail, ya...!~
Strawberry Creamy Trifle
Harga : RM 25.00/biji
Minima order : 1 biji

Thursday, July 16, 2009

..::Cake Tour Promotion::..

Assalamualaikum w.b.t...,
Pastinya anda semua di Darul Naim ini tahu tentang karnival yang bakal diadakan next week, rite? Buat pengetahuan semua, syarikat kami juga turut serta mengadakan Cake Tour di karnival tersebut...

Berikut adalah jadual bagi Cake Tour Promotion @ Farawan... Check it out, ya..??

NAMA PROGRAM : KARNIVAL HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI KELANTAN.

TARIKH : 23HB - 29HB JULAI 2009 (1 MINGGU).

MASA : 9.00 A.M. - 12.00 P.M.

VENUE : STADIUM SULTAN MOHD IV, KOTA BHARU, KELANTAN...

Banyak pameran-pameran dan gerai-gerai jualan yang akan turut serta dalam program tu nanti.. Pasti banyak ilmu-ilmu yang dapat ditimba di dalam booth-booth pameran itu nanti.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran anda semua.. Ajak semua kawan-kawan, boipren, gepren, anak, menantu, mak, nenek, ayah, kakak, abang sumer datang... Sama-sama kita raikan... Terima kasih...

Wednesday, July 15, 2009

..::Inilah dia My Farihin::..

Haa... Ada yang bertanya siapa itu Farihin... Itulah dia my Farihin...!~ Gmbr nie diambil Januari 2008... Eeiii...!~ Geramnyeee sama Farihin!~ Sekarang nie dah pandai dah itu ini... Orang nak gi keje dia kalut nak ambik kunci keter, bukak pintu...

Muachx!~ Sayang kamu!~

Tuesday, July 7, 2009

..::Senarai Pengedar Produk Homepicks...::..

Berikut adalah senarai pengedar-pengedar produk Homepicks. Sila dapatkan produk kami di sana ya..?? Thanks!~

1. Restoran Bob Roti Canai, Jalan Kuala Krai.
2. MK Trading, Jalan Kuala Krai.
3. Wakaf Maju Junction, Wakaf Che Yeh. (Terminated).
4. Restoran Kak Ani, Depan Masjid Kg. Sireh. (Terminated).
5. An-Nur Cafe, Wakaf Siku.
6. Cafe Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
7. Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. (Jumaat sahaja).
8. Selera Pantai Timur Cafetaria, Hospital Pakar Perdana.

**Di atas adalah senarai pengedar bagi produk kami buat masa ini. Pengedar akan terus diperluaskan pada masa akan datang... Terima kasih...

Monday, July 6, 2009

..::New Brand::..

Assalamualaikum w.b.t.,

Sukacitanya dimaklumkan buat semua pengunjung-pengunjung blog ini bahawa Farawan Enterprise telah pun mengadakan Joint Venture dengan salah seorang homebaker (tiada blog) dan menggunakan jenama baru iaitu HOMEPICKS. Namun begitu, nama syarikat Farawan Enterprise akan tetap berjalan seperti biasa.. Means, jenama aje laa yang lain...

Oleh itu, kalau ade ternampak produk-produk yang berjenama HOMEPICKS nie, tu maknanya keluaran kami lew... Jangan segan-segan nak cuba okie???

Sunday, July 5, 2009

..::Award dari Akak Sweets::..

1. Dapat award dari akak Sweets.. Thanks ye akak!~


syarat utk terima award ini...
1~copy paste award ini di blog anda.
2~sila copy paste award ini di side bar blog anda.
3~passkan award ini kepada 5 rakan anda.
Nak sedekah aje... Kepada sesapa yang nak award nie.. Silalah ambik n tepek kat blog anda sumer k... Thanks!~

..::Pasaria Semalam...::..

Salam wbt..,

Petang semalam, berakhirlah Pasaria & Sukaneka bagi DUN Kota Lama... Waahh.., memang banyak sungguh pengunjung yang datang... Sambutan memang amat hangat hinggakan semua produk saya licin sebelum masuk pukul 3 petang!~ Alhamdulillah.. Tak kurang jugak dengan customer yang berminat untuk menempah.. Ada yang pulang, dan datang kembali hanya untuk cupcake!~ Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda semua!~ Seperti biasa, bisnes kad memang laku pada hari itu... Barang-barang pulak memang kebanyakannya laris sangat!~ Mestilah, diorang beli pakai kupon.. Satu set RM 10, kalo tak pakai hari tu, of course tak laku lagi!~ Huhue!~

Panas yang amat terik membuatkan aku sakit kepala tak henti-hanti... Disebabkan dah dua bulan migrainku tak menyerang, membuatkan aku ambil ringan pada pain killer yang memang out of stock. Setelah kehabisan stok yang lepas, aku tidak lagi ke HRPZ II untuk menyambung ubat.. Actually, aku nak cuba untuk mengurangkan pengambilan pain killer.. Begitu juga dengan Propranolol dan Pizotifen... Walaupun kena ambil tiap hari, tapi aku selalu skip semua tu.. Pain killer tu pulak, selalu doktor ingatkan, jangan amal selalu sebab boleh mengganggu perut.. Sebab tu malas nak ajar sangat!~ Seorang kawan baikku memperkenalkan Mangosteen Essence dari My Health sebagai alternatif... To be truth, dia bagi I sekali cuba, hanya dengan sesudu, dan sakit kepala saya tidak menyerang untuk beberapa lama.. Malah saya boleh buat kerja siang dan malam, walau dengan rehat yang kurang!~ Hmm... sebotol 300ml berharga RM 55.00. Well., maybe I should try it.

Berbalik pada citer Pasaria, masa tengah simpan barang nak balik, aku tiba-tiba saja jadi lemah.. Kepala sakit sangat hingga aku tak mampu untuk memandu.. At least, kawan saya, yang juga bisnes partner saya, membawa kereta.. Kami terus ke rumahnya.. The best part, ayah kawan saya tu bagi saya minum air yang dibaca ayat al-quran kepada saya.. Actually, air tu memang sentiasa ada dalam simpanan, dan dibaca ayat al-quran banyak-banyak kali... Setelah menyapu balm dari Sue's Kosmetik.., (actually, balm tu dari Serai Wangi, dan digunakan secara meluas untuk mengempiskan perut.. Boleh jugak untuk migrain..) aku menggagahkan diri memandu dan terus ke rumah...

Sampai aje kat rumah, my mom was there dengan Farihin... Aku pulak, terus rebah dan tak mampu nak bangun.. Saya even tak mampu nak angkat tangan pun waktu tu!~ Then my mum urut belakang untuk kurangkan sakit kepala... Menyedari pain killer yang kehabisan, my mom went to the pharmacy, beli pain killer untuk saya.. Kemudian, aku pengsan sampai laa ke pagi...

Well., to everybody yang membantu aku semalam, terima kasih sesangat.. Jasamu dikenang... Pasaria tu memang best.. Tambahan lak, leh tengok sukaneka yang pastinya memberikan satu kenangan yang amat indah pada anda semua!~ Hmm.. rugi betul korang-korang yang tak pergi!~ Huhuhue!~

Saturday, July 4, 2009

Program Pasaria Cakno Keluarga 2009 Dusun Muda

Assalamualaikum w.b.t.,

Dengan ini dimaklumkan satu program Pasaria Cakno Keluarga 2009 akan diadakan di Kg. Dusun Muda (dekat dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu) pada 4 Julai 2009.

Banyak program akan diadakan di program tersebut. Dan pastinya akan ada jugak gerai-gerai jualan pelbagai jenis produk-produk IKS atau makanan di pesta tersebut. Pambayaran hanya akan dilakukan dengan kupon. So, sesiapa yang berminat, sila dapatkan kupon-kupon tersebut dari saya dengan harga RM10 bagi setiap paket. Okie??? Sebelum 4 Julai okie???

Detail seperti di bawah :-

Program : Pasaria Cakno Keluarga 2009.

Tempat : Kg. Dusun Muda (dekat Wisma Persekutuan Kota Bharu).

Tarikh : 4hb Julai 2009.

Masa : 9 pagi hingga 6.30 petang.

Anjuran : Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sila dapatkan kupon-kupon pasaria melalui saya. Hubungi : Farrah - 013-9564578.

Kupon berharga RM10.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 2, 2009

..::Tag dari Akak Sheeta::..

Setelah sekian lama dok peram.. Aler, biase laa, adat memeram nie, bila tak berkesempatan nak buat. Tambahan pulak, bila berkesempatan pulak, penyakit malas pulak yang menyerang... Hari nie, nak jawab tag dari Kak Sheeta... Thanks akak bagi tag.. Terasa ada yang mengingati...

NAMA - NAMA TIMANGAN ANDA :

- Mama ngan arwah abah panggil saya "kakak". Gitu jugak dengan adik.
- Big brother saya panggil saya "Yani", sebab belakang nama saya yani.
- Masuk tadika, ustazah-ustazah n kengkawan panggil "Farahiyani"..
- Masuk darjah satu, cikgu-cikgi ngan kengkawan panggil I "Farah".. Tak kisah le nak panggil hape...
- Masa form 4, member yang eja nama "Farrah".. Mana dapat satu lagi R tu.. Okay gak ejaan tu..
- Masa form 4, cikgu sorang tu panggil I "Wan", tapi I tak suke, then cakap kat cikgu tu on the spot, "Cikgu, please call me Farrah like others, okie...", bukan ape, rasa cam lain macam jek... Tak kene ngan jiwe I...
- Masa sambung diploma, memember ngan lecturer sumer panggil I "Fie", sebab I taknak reveal nama sebenar.. Bukan ape, ramai sangat nama Farrah nie...
- Ada jugak masa kecik-kecik dulu panggilan yang memacam, kan... Gelaran lew... Lenlain ler.. Takyah citer la... Takmo ingat.. Hahaha!!~!~

ANDA SEORANG YANG :

- My parents kata I garang... I tau tu...
- Nak kata tegas... Hmm.. tatau la...
- Bercita-cita tinggi. Sama-sama doakan, ya??
- Tak suka sangat cakap banyak bende yang takde pekdah.. I pendiam sket.. Tapi bukan sombong.. So, kalo jumpe tapi I tak cakap banyak sorry sangat... Tapi, bila kenal rapat dgn someone tu, I cakap smpi masa x cukup.. Rela bawak kete slow2.. Hehehe...
- Nak jadi someone yg serba boleh dalam apa-apa saja bidang..
- Mudah sangat tension, sebab migrain yang agak teruk n bergantung pada pain killer yang sering berubah dosnya... Tapi bila tengok kes Michael Jackson, agak runsing sebab takut jadi macam dia.. Sedih woo...

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA :

- My Farihin!~ Of course!~ Sebab cuma saya insan teristimewa dihatinya!~ Saya tahu ituuu...!~ Setiap detik, saat aku hanya rindu kamu!!~ Siapa Farihin nie??? Haaa... cuba teka... :p~

LAGU LAGU KESUKAAN ANDA :

- Well.., saya layan lagu-lagu Melayu & Inggeris lama... Lagu baru2 termasuk lagu melayu yang baru saya tak dengar sangat, kecuali kalau terdengar dalam tv or radio. Dulu lagu melayu lama tak dengar sangat, tapi lepas terjebak dalam satu band kugiran tu (2003/4 dulu), nyanyi untuk kenduri kawen., mula minat...
- Masa dalam band, amat meminati dan menjiwai Nightwish, Evanescence, Cradle of the Filth, dan seumpama dengannya... Most of them black metal and rock.. Sampai kini masih dengan jiwa begini. That's why jarang bercakap pasal music dgn memember luar sana, sbb tak ramai yang berjiwa begini. Bukan tak ramai, tapi tak jumpa.
- Selain tu, gemar sangat oldies... jazz... Relaxing...!~ Dulu, penuh komputer I download lagu (1999/2000) sekali komputer rosak terus, habis lagu hilang... Sayang... Antaranya, Frank Sinatra, Andy Williams, Platters (Only You), Eric Clapton, Mariah Carey, Celine Dion, Michael Jackson... Banyak lagi la...

MAKANAN KESUKAAN ANDA :

- Saya tak makan makanan dalam tin. Kalo ada pon, mungkin setahun tu, sekali dua...
- Suka sangat dengan gulai kunyit tempoyak ikan patin kedai K.Nah sebelah ofis.. Kari ikan my mum is the best!~ I tak memilih.. Tapi, ada permintaan dari orang tu dulu, I buatkan la.. Dulu, dia suka western food and pudding I yang pelik-pelik... Yg confirm dia belum penah jumpa tempat lain...

WARNA KESUKAAN ANDA :

- Suka dengan warna-warna yang menenangkan.. Biasanya, hijau lembut @ pastel... I suka dengan warna-warna lembut... Tak sakit kepala., and tak berat nak memandang.

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS :

- Bila drive malam, orang yang follow belakang tu bukak lampu besar. Eii!~ Allergic betul!~ Bila silau kat cermin pandang belakang n cermin sisi, otomatik menggelegak otak I... Dia punya pantulan memang sakit mata. **Mungkin keter dia tu, takder lampu yang warning kat dashboard tu kot... Kete jek cantek...**
- Lenlain, leh tolerate... Setakat dengar orang nak cakap besar n banyak cakap ntah apa-apa, aku wat bodo aje... I kata dalam hati, "manusia macam-macam..., kalo tak, amanlah dunia..", hehe...

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DLM BEG ANDA :

- 2 kunci keter. (Actually, ada 3, satu simpan kat rumah, satu dalam beg, satu yg diguna. Juz' in case kalo tertinggal dalam keter, ada lagi satu, kalo tertinggal ngan beg skali, ada kat umah). Hahaha!~
- Buku nota. Walau tak selalu menulis. Wajib ada.
- Pen.
- Purse.
- Handphone. (kadang2 tertinggal gak).

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA :

Sama dengan akak Sheeta.. Tahun 2006/07.. Nak citer??? Hehe... Sama gak, nak tumpang nanti cerpen akak.. Takyah cerpen la, kite wat novel terus!~

TAG 6 RAKAN ANDA :

- Well.., tatau ler... Gini la, sesapa yang rase rajin nak menaip n menjawab soklan nie, sila laa yek.. Ahakkss!~ Ahlan Wa Sahlan...