...Notes...

Cakes, cupcakes and other bakery products in Kota Bharu - 013-9564578 - farawanent@gmail.com

Wednesday, June 24, 2009

Cake Tour Promotion @ Stadium Sultan Muhammad IV

Assalamualaikum w.b.t.,

Dengan sukacitanya dimaklumkan, saya akan mengadakan Cake Tour buat yang kesekelian kalinya. Namun, kali ini tempatnya bukan di airport, tapi, di Stadium Sultan Muhammad IV.

Detail seperti di bawah :-

Program : Festival Solat Kebangsaan Negeri Kelantan 2009.
Tarikh : 24hb Jun 2009 - 30hb Jun 2009. (Satu minggu).
Masa : 9 pagi - 12.00 malam.
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. (Booth no. 27 (Tepi booth A&W))
Saya amat mengalu-alukan kehadiran anda-anda yang berminat. Pelbagai produk yang akan ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. So, sila-silalah ke sana, ya..??

Sunday, June 21, 2009

..::Moist Devil's Food Cupcake... Especially for abah and mama::..




Hello everybody..

Order nie dari Wan a.k.a. Wenkt as a surprise to mother and father. Last week, he'd texted me askin' for this.. As he told me, suka hati laa corak and color tu.., so, I pun buat 'ikut suka hati I'.. Yang bestnya bila orang yang request tu kata 'suka hati', so, I pon boleh laa experiment new design yang inspirasinya memang dari hati kita sendiri... Untuk orang nie, so, nie design yang kite rasa untuk dia... Untuk orang tu, so, itu yang kite rasa design untuk dia...

Last nite, as usual, tido pukul 3am.. Selesai buat cupcakes yang nie about 2am.., lepak2 sekejap.. Rehat betul-betulkan urat.. Huhue!~ Then, pegi mandi.. Oh, yeah.. Memerah otak, walaupun kreativiti itu hasilnya secara automatik, namun tetap juga berpeluh!~ Suke sangat dengan hasil produk itu.. Gambarnya nanti, akan diuploadkan kemudian...

Moist Devil's Food Cupcake, dengan swirl nipis berwarna biru dan bertona... Oh ya!~ Akhir-akhir ini aku amat suka pada warna sama yang berlainan tonanya!~ Diluarnya swirl biru muda yang lebih gelap.. Dan swirl ke dalam dengan tona yang makin cerah dan cerah... Ku rasakan cantik sekali!~ Macam awan.. gelap, makin cerah dan makin cerah... Ku pilih biru kerana biru lambang kasih sayang... Request untuk ayah bonda, so, kasih sayang terhadap keduanya yang makin mekar... So, ku pilih biru.. Lalu ku titipkan bebunga rossette berwarna merah jambu.. Rossettenya juga makin muda dan makin muda warnanya... Semasa pembikinan, tiba-tiba aku teringatkan tema warna Hannah Montana.. "Eh, macam kaler tema Hannah Montana laa pulak cupcake nie.. Hehe..." Kutitipkan juga bebunga kecil bertaburan berwarna kuning... Setahu saya, kuning maknanya joy dan kegembiraan... Dihiasi pula dengan dedaun kecil hijau yang menyegarkan mata memandang... Moga-moga anda terus bergembira dan gembira selalu!~

p/s :- Sorry.., gambar akan diuploadkan kemudian, okie..?? Hehehe...
Those cupcakes sent to : Wan's mother, USM Kubang Kerian, Kelantan... Terima kasih...

Thursday, June 18, 2009

..::Vanilla Custard Cream Cake @ Farawan::..



Vanilla Custard Cream Cake
Picture from Cakelove
Assalamualaikum w.b.t.,
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Farawan telah melancarkan produk terbaru iaitu "Vanilla Custard Cream Cake" pada Cake Tour yang lepas.
Alhamdulillah, kek tersebut memang mendapat sambutan yang amat hangat sekali. Ala-ala Leina Hangat gitu
Info tentang kek ini :-
Vanilla Custard Cream Cake
Harga :
Tanpa buttercream : 500g : RM 15.00; 1kg : RM 25.00; 1.5kg : RM 35.00; 2kg : RM 50.00
Dengan Buttercream : 500g : RM 25.00; 1kg : RM 35.00; 1.5kg : RM 45.00; 2kg : RM 55.00
*Harga tak termasuk delivery charges.
Hmmm... murah, kan?? Rasanya pon, memang tak muak dan sedap.. InsyaAllah, menepati selera anda... Rasa sekali, nak lagi... :p!~~~~~
Okie, kalo sesiape yang berminat tu, silakan saja call number saya kat sebelah atau mesej. Atau email okie??

Wednesday, June 17, 2009

..::Hong Kong Style Egg Tart @ Farawanent::..

Photo from my collection...

Hong Kong Style Egg Tart
Picture from bakingncooking.wordpress.com
I know this is everybody's favourite.. Looks sooo tempting, rite? Hmm.. Yummy!~ It is my favourite also...

This Hong Kong Style Egg Tart is also one of my best-selling product. Suitable for hi-tea, supper.. Ermm.. For guest...
Price : RM 1.20 per pcs. RM 100 for 100 pcs.
Size : L
Bake freshly... :) Thank you very much...

Tuesday, June 16, 2009

..::Apa-apa Tah...::..

Sesungguhnya aku sedang merindui seseorang........................

Monday, June 15, 2009

..::My Office Got Robbed Last Night::..

Salam wbt to all people yang sudi berkunjung sini...

This morning, I sampai office a little bit late.. Dalam kul 10.00 gitu sebab ada sedikit kerja yang harus diselesaikan kat luar (sepatutnya settle awal bulan lagi).

Sesampainya di ofis, it seems nothing wrong to me until my officemate asked me something.. "Ko ada nampak apa-apa perubahan x pada ofis nie?"... Then I asked her back "Berubah? Apa yang berubahnye, kak?". She asked me to look around the office, at the pantry, my boss' room... Everywhere... What a shocked, when I looked at the naco window... You know what, macam kene pecah aje.. Actually, bukan pecah pon, kene cabut satu2, then besi penghadang tu macam patah @ bengkok gitu... Tengok je dalam bilik bos, VCD player tader... Tapi, semua pc ade dalam opis... Semua komputer kat opis nie pulak, komputer baru, lepas ditukar semua awal tahun hari tu...

Then, I cakap laa kat my opismate tu.. "Ada org masuk, eks..??". She'd nodded... Tader apa sangat yang hilangnya tu... Cuma, printer/fax 3 in 1 yang dah about nyawa-nyawa ikan, VCD player my bos n mesin utk potong besi dia tu... That's all... Hmm.., nasib baik la, pc semua ada.. Kalau tak, mati laa nak buat balik semua pelan-pelan yang dah siap tu.. I pulak, lately tak sempat nak copy dalam CD... Dulu slalu jgk backupkan dalam CD, takot kes2 cam nie laa...

Apa yang dpt diperhatikan, bekas tapak kasut yang ditinggalkan (malam tadi hujan, so ada bekas tapak kasut yang ditinggalkan dengan jelas).. Macam ada 2 orang yang masuk malam tadi, rasanya berbeza usia, memandangkan saiz kasutnya tak sama... Bapak dengan anak kot?? Huhue!~ Zaman sekarang nie, memang tadernye bende yang mustahil... Ye tak? Tak pon, abang dengan adik... Hmm... Who knows... Only God know everything.. Tapi, walaupun x banyak hilang bende, kami kat sini masih lagi dalam keadaan bimbang.. Takot2 pisang akan berbuah 2 kali.. Ye la, mana tau, kot kot semalam diorang sambil2 masuk nak tengok apa ada dalam opis, next time datang dengan lori pulak.., kan..?? Harap-harap laa, nanti diorang akan insaf jugak dengan apa yang diorang dah buat tu... Perkara nie semua cuma menyusahkan saja... Takde pekdahnya, melainkan menyusahkan orang saja... Kan??

Thursday, June 11, 2009

..::No Latest Update, okiee..???::..

Hye everybody.. Penat sangat, starting pagi semalam 10/6/09 till pagi tadi, tak tido... Last2 tertido kol 6.30 pagi, 1/2 jam jek.. Kul 7 bangun gi airport... Hmm..

Sorry laa... lepas entry yang hari tu, tader latest update... My camera digital rosak... So, banyak sangat gambar yang tak terabdi kat memori... Sedih betul..

Spoil betul!~ Memang tader mood langsung nak update news... Ye la, deco cake pon, nak update mendenye kan, gambar tak nampak.. Jadi melalut saja yang lebih... Okey laa... Itu saja k... Sedih and soooo out of mood, okie??

Friday, June 5, 2009

..::Doorgift Chocolate Rice Muffin::..







Doorgift Chocolate Rice Muffin


Muffin kat atas nie ditempah oleh Kak Na, cikgu tusyen Bahasa Inggeris kat area Wakaf Che Yeh nie. Dia order 200 pcs utk perkahwinan anak saudara dia kat Negeri Sembilan.. So, muffin-muffin aku kat atas nie akan dieksport ke Negeri Sembilan lew... Jauh tu.. Disebabkan jauh, aku seal muffin nie dalam plastik then taruk dalam bekas plastik yang bubuh kek (empat segi) tu, untuk mengelakkan muffin tu kemek bila sampai nanti.. Aku tak tindih2 muffin tu, takot kemek.. Walaupun kene guna banyak bekas plastik tu, aku tak kisah la, asalkan bende tu sampai elok time nak gune. Anyway, harapnye Kak Na dan semua orang kat sana nanti, suke dengan muffin tu..
Muffin Chocolate Rice
RM 1 per pcs; RM 70 per 100 pcs.
Sesiapa yang berminat nak order muffin nie, sila kontek saya kat no. fon @ email yang tertera kat sidebar, okie?? Thank you!!~!~

Monday, June 1, 2009

..::Farawan Cake Tour 2 @ Sultan Ismail Airport::..

Assalamualaikum w.b.t..,

Sukacitanya dimaklumkan buat semua pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung blog ini bahawa saya akan mengadakan Cake Tour Promotion buat yang ke sekian kalinya... Berikut adalah detail tentang program ini :-

Tarikh : 11, 12 dan 13 Jun 2009
Masa : 7 a.m. hingga 8 p.m.
Produk yang akan ada :
- Moist Devil's Food Cake Chocolate Superior (Sliced), Moist Devil's Food Cake Strawberry Superior (Sliced), Moist Devil's Food Cake Heavenly Hazelnut (Sliced). RM 3 per slice.
- Cupcakes. RM 2 per cup.
- Choc. Rice Muffin pack of three. RM 2 per pack.
- Hong Kong Style Egg Tart. RM 1.20 per pcs.
- Pizza. RM 1.50 per pcs.
- Hot Dog Doughnut pack of two. RM 1 per pack.
- Spiral Curry Puff pack of three. RM 1 per pack.
- Rainbow Pudding. RM 2 per pcs.
- Sweet n Sour Cake. RM 3 per pcs.
- and etc...

Banyak lagi produk yang akan menemui anda di sana nanti. Semua harga dan produk adalah dalam bentuk individual. So, buat sesiapa di luar sana yang nak merasa produk dari Farawan, silalah ke sana... Memang berbaloi... Bab kata Amy Search, Berbaloi-baloi... Ahakkss!!~!~!~ Silo gi, jange dop gi!!~!~ Ahlan Wasahlan!~